• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 3 Pemenang Peraduan Fotografi 'Trak Isuzu Prihatian Malaysia' Diumumkan

3 Pemenang Peraduan Fotografi 'Trak Isuzu Prihatian Malaysia' Diumumkan

October 5, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


ISUZU Malaysia bulan lalu menganjurkan Peraduan Fotografi Facebook dengan tema ‘Trak Isuzu Prihatin Malaysia’ sempena sambutan Hari Malaysia bermula 18 Ogos hingga 16 September lalu.

Keputusannya, tiga pemenang diumumkan mendapat undian tertinggi menerusi laman Facebook Trak Isuzu Malaysia. Pemenang hadiah utama, Nur Othman Suratman dari Sabah, memenangi kad hadiah Petronas bernilai RM1,000, sebuah Trak Miniatur Ulang Tahun Ke-60 Isuzu ELF, dan pek hadiah istimewa.

Tempat kedua dimenangi Wei Ling Foo, dari Terengganu yang membawa pulang kad hadiah Petronas bernilai RM500, sebuah Trak Miniatur Ulang Tahun Ke-60 Isuzu ELF, dan pek hadiah istimewa. Tempat ketiga Mohd Zulkhairi Abdullah membawa pulang kad hadiah Petronas bernilai RM200, sebuah Trak Miniatur Ulang Tahun Ke-60 Isuzu ELF, dan pek hadiah istimewa.

Selain itu, setiap peserta peraduan menerima hadiah saguhati lencana Ulang Tahun Ke-60 Isuzu ELF sebagai tanda penghargaan atas penyertaan mereka. Peraduan tersebut ialah tanda penghargaan Isuzu Malaysia kepada pelanggan setia.

Peraduan  itu menjemput pelanggan kenderaan komersial Isuzu berkongsikan gambar yang memaparkan bagaimana trak mereka berkhidmat secara harian ketika negara dilanda krisis dan perubahan besar akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

BACA >>> Beli Dulu Bayar Kemudian, Isuzu Malaysia Tawar Moratorium untuk D-Max Baharu!
BACA >>> #BikinKereta: Isuzu D-Max dengan Lima Pengecas Turbo Mengalahkan Bugatti Chiron

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Isuzu, Isuzu Malaysia, peraduan, Peraduan Fotografi Facebook, Trak Isuzu Prihatin Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev