BARU dua minggu, Proton X50 sudah menerima lebih daripada 20,000 tempahan biarpun tiada sebarang tanda harga diumumkan.
Model pemasangan tempatan sepenuhnya (CKD), dari kilang Proton di Tanjung Malim, Perak menerima permintaan luar biasa sehingga melebihi jangkaan awal.
Menurut Proton, 1,000 unit pertama Proton X50 dijangka akan mula diserahkan kepada pelanggan pada hari pertama pelancaran nanti dan selebihnya akan diedar secara berperingkat.
Proton X50 bakal hadir dalam empat varian: Standard, Executive, Premium dan Flagship dengan pilihan dua varian enjin bersesaran sama, 1.5L.
Varian Standard, Executive dan Premium dipadankan enjin 3-silinder 1.5L Turbo berkuasa 148hp dan tork 226Nm, manakala varian Flagship berkuasa lebih tinggi, masih enjin 3-silinder 1.5L Turbo, tetapi jenis TGDI (175hp, 255Nm).
Lebih menarik, trenkuasa turbo biasa untuk tiga varian di atas ialah enjin pertama diperkenalkan X50 dan tiada pada mana-mana model Geely lain. Kedua-dua enjin dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan, sama seperti X70.
Juga ada ciri menarik, iaitu sistem parkir automatik, sekali gus menjadikan X50 satu-satunya SUV yang menawarkan ciri itu dalam segmennya.
Harga? Seperti kami nyatakan, buat masa ini Proton masih berahsia mengenai harga Proton X50. Bagaimanapun, kami jangkakan ia akan dijual bermula RM75,000 sehingga RM104,000. Macam mana?
BACA >>> Perbandingan: Geely Coolray Filipina vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
Leave a Reply