DI LUAR sana memang ada banyak scammer aka penipu dalam urusniaga jual beli kereta dan motosikal. Kes paling popular ialah motor piang, di mana kenderaan yang dibeli mangsa didaftarkan atas nama pemilik lain. Motosikal yang dibeli itu boleh jadi barang curi atau diseludup masuk tanpa cukai.
Pemilik Facebook, Syed Hassen adalah antara mangsa yang tertipu dek scammer motor piang. Lebih perit, si penipu ialah kawan sendiri yang dipercayainya hingga membuatkan dia lesap ribuan ringgit, termasuk berdepan saman mahkamah dan waran tangkap. Malah, Syed Hassen turut bergelut dengan kerenah pihak berkuasa yang seakan lepas tangan dalam menangani nasib malang menimpanya.
Jom kita baca cerita Syed Hassen mengenai kawannya si scammer motor piang. Sebagai makluman, cerita di bawah sudah disunting bagi memudahkan pembacaan. Cerita dan ayat asal boleh dibaca pada foto screenshot yang dimuat naik bersama artikel ini.
SCAMMER BERUNIFORM
Sebab apa aku buka cerita ni? Sebab sudah 2 tahun 6 bulan masih belum langsai duit aku dan asyik dapat jawapan bodoh-bodoh saja sampai sekarang. Mohon kongsi supaya bermanfaat dan mungkin ada yang sudi bantu aku untuk selesaikan masalah ini memandangkan pihak berkuasa lepas tangan.
Aku post berserta bukti lengkap dan sahih. Aku juga ada beberapa saksi berhubung urusan jual beli berkenaan. Salah aku pun banyak juga sebab masih muda, masa tu baru 24 tahun dan aku terlalu percayakan kawan.
URUSAN
JANUARI 2014 - Aku beli motor YAMAHA R6 model 2007 warna merah-putih. Aku beli daripada salah seorang kenalan lama aku. Nama dia, MOHD NIZAM aka VENEZ, salah seorang anggota atasan tentera berpangkalan di Kuala Lumpur, setahu aku. Aku beli ikut harga pasaran masa itu. Murah dalam RM2,000 saja.
PERMULAAN BELI YAMAHA R6
Venez post dalam grup WhatsApp dan beritahu nak jual motor sebab nak upgred. Daripada jual kat kedai RM34,000, baik jual kat kawan. Jadi, aku terus hubungi dia dan deal beli motor tu. Katanya, sudah dapat AP untuk import masuk motor luar dan nak buka kedai motor sendiri tak lama lagi.
Aku turun ke Rawang untuk tengok motor di rumah Venez. Kali pertama tengok, motor tu bernombor pendaftaran WXN7496 dan kami bincang beberapa perkara sebelum close deal. Aku beli harga tunai RM34,000 dan Venez cakap akan bagi nombor pendaftaran baru.
Esok, aku semak nombor WXN7496 dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang kemudiah sahkan didaftarkan untuk motosikal MODENAS GT128. Bila aku WhatsApp Venez, dia maklumkan nak guna nombor tu untuk diri sendiri.
Sebenarnya, WXN7496 memang didaftarkan atas MODENAS GT128 sejak mula lagi, tapi aku tak sedar dan anggap Venez baru selesai tukar nombor. Selesai beberapa hari, aku WhatsApp semula Venez dan beritahu nak nombor Perlis. Tapi dia cakap sudah daftar nombor biasa. Jadi aku ok sajalah.
Masa hari nak pergi ambil motor, nombor pendaftaran yang digunakan ialah PJN5615. Aku bawa balik saja motor tanpa cukai jalan! Selepas selesai urusan dan balik, aku hubungi JPJ untuk semak butiran motor aku yang masa itu guna nombor PJN5615. Pihak JPJ sahkan PJN5615 didaftarkan atas motor dan nama orang lain. Pemilik PJN5615 ialah seorang anggota polis ye.
Bila aku telefon Venez dan tanya kenapa motor aku atas nama orang lain lagi? Dia maklumkan masih dalam proses pertukaran. Aku pun iyakan sajalah dan anggap nak tukar nama memang ambik masa kot.
MULA RASA DAH KENA 'GAME'
Selesai urusan jual beli dalam tempoh seminggu, aku dapat geran dan cukai jalan daripada Venez. Pemilik pertama dalam geran ialah nama Venez dan pemilik kedua, nama aku. Balik rumah terus semak nombor casis dan nombor enjin. Memang sama macam dalam geran yang Venez bagi.
Sekali lagi, aku telefon JPJ untuk sahkan butiran berkenaan, tetapi JPJ bagi jawapan sama, PJN5615 didaftarkan atas motor dan nama orang lain! Aku sudah mula rasa kena game. Aku terus hubungi Venez dan tanya kenapa belum tukar? Venez maklumkan sekali lagi masih dalam proses. Aku terus diperbodohkan dengan jawapan sama banyak kali. Hampir 2 bulan berlalu dan aku jarang follow up sebab sibuk kerja dan uruskan hal perkahwinan aku.
R6 KENA SITA
27 MAC 2014 - Aku bawa motor dari Perlis ke Pulau Pinang. Di Plaza Tol Sungai Dua (Pulau Pinang), kebetulan ada roadblock JPJ dan aku terus kena tahan. JPJ mula periksa macam biasa dan mula sangsi dengan cukai jalan yang aku tunjuk sebab warna pudar. Aku pun baru perasan sebab tak pernah belek.
Terus JPJ roger dan semak nombor casis. Jawapan anggota JPJ dapat adalah sama macam jawapan aku dapat sebelum ini. Nama pemilik, nombor pendaftaran dan nombor casis lain. Motor terus kena sita, aku pula kena bawa pergi pejabat JPJ Seberang Jaya dan saman dikeluar atas nama aku, termasuk surat sita.
Aku kena saman 4 kesalahan:
1. Mempamerkan LKM palsu (cukai jalan).
2. Tiada perlindungan insurans.
3. Mempamerkan nombor pendaftaran palsu.
4. Memiliki kenderaan tidak berdaftar.
Masa kena saman, aku cakap kat Ketua Jabatan JPJ Seberang Jaya pasal aku ada geran dan beli motor daripada pegawai atasan tentera. JPJ cuma cakap, "Banyak dah kes macam ni." Kes ini aku kena naik makamah dan saman dianggarkan bernilai RM20,000!
Kebetulan pula Venez baru beli YAMAHA R1 warna merah-putih nombor pendaftaran PKN3030. Aku minta JPJ semak masa itu juga. Depa cakap nombor pendaftaran atas nama orang lain dan motor YAHAMA R1 warna biru. Barulah aku faham yang Venez memang guna nombor pendaftaran motor lain. Aku suruh JPJ roger pihak sana untuk siasat dan tangkap Venez serta semak motor YAMAHA R1 dia masa itu jugak. Tapi JPJ jawab, "Ohh itu di luar bidang kuasa kami." Seriously???
Selesai kena saman. Aku pasrah dan terpaksa telefon orang untuk pick up aku.
Aku telefon Venez dan cerita kat dia. Venez cakap akan tanya kawan, tapi sampai sudah dia beritahu tak dapat hubungi kawan dia. Aku minta Venez pulangkan duit dan bayar saman sebab tipu aku. Aku baru sedar aku beli motor piang.
BAYAR BALIK & SETTLE-KAN SAMAN
Selepas 2 tahun 6 bulan, aku baru terima bayaran RM14,000. Itupun jenuh aku follow up selalu.
RM2000 sekali bayar.
RM2000 sekali bayar.
RM10,000 sekali bayar.
Baki lain dia buat bodoh saja dan bagi alasan bodoh juga. Baki hutang ada lagi RM20,000, tidak termasuk kos langsai saman lagi. Sembang ada kawan sana sini, tapi sampai sudah tak ada jawapan.
NAMA 'BLACKLIST'
Sekarang nama aku sudah kena blacklist JPJ dan ada waran tangkap. Kebetulan dompet aku hilang baru-baru ini. Lesen aku sah sampai 2020. Aku pergi JPJ untuk cetak semula lesen. Tapi JPJ cakap, aku kena langsai saman baru boleh dapat lesen. Nasiblah tak kena tangkap kat JPJ hari itu. Nampak tak macam mana hidup aku susah dan makin rumit sebab manusia tak guna macam Venez ni?
Aku pergi JPJ Seberang Jaya bawa semua bahan bukti dan jumpa pegawai atasan untuk minta bantuan. Korang tau dia jawab apa? Dia belek saja segala bukti yang ada dan jawab, "Tak boleh buat apa, bawa duit dan bayar je saman tu kat mahkamah, RM10,000 pun tak cukup."
Aku tak pergi mahkamah sejak awal sebab tak ada duit banyak tu, dan aku tak bersalah serta teraniaya.
KEKAYAAN VENEZ
Hutang aku tak habis bayar, termasuk saman dia tak bayar dengan alasan tak ada duit. Tapi ada pula duit enjoy sakan. Kalau untuk tambah pendapatan aku fahamlah sebab itu cari rezeki namanya. Bila ada pendapatan, bayarlah balik apa yang patut.
Tapi apa yang aku panas hati, dia boleh hidup bermewah sekarang. Baru-baru ini dia beli motor ZX10 sambung bayar daripada anggota tentera juga kalau tak silap aku. Bukan sikit ansuran dan duit muka motor tu. Paling kurang RM15,000 dan ansuran bulanan mesti purata RM700.
Siap beli kereta baru lagi, MAZDA RX8 kot. Kereta tu second hand pun mau dekat RM50,000. Maintainance pun boleh tahan 'meninggal' bila dengar harga. Tak cukup dengan tu, baru-baru ini dia keluar PROTON IRIZ. Korang rasa dia tak ada duit? Bu*** dia tak ada duit! Enjoy sakan beli macam-macam mampu pula.
KES POLIS
29 MEI 2014 - Aku buat laporan polis untuk minta keadilan dan bersihkan nama. Tapi pegawai penyiasat (IO) polis yang ambil kes aku pun perangai macam Venez juga. Haram tak call langsung. Dua tahun aku tunggu IO tu call kot.
21 JULAI 2016 - Aku buat laporan polis kali kedua. Kali ini laporan memang lengkap. Kebetulan IO sama juga ambil kes. Polis kat kaunter laporan suruh balik dan tungu IO call. Aku tunggu, lepas 48 jam tak ada orang call, aku terus ke balai polis dan mintak depa call IO masa itu juga.
Aku sembang dengan IO dan tanya kenapa tak ambil apa-apa tindakan? Korang tau IO jawab apa? "You tak ada buat perjanjian jual belikan? So, memang kita tak boleh buat apa. I pun ada banyak kes macam ni."
Habis tu korang jadi polis apa guna? Aku siap beritahu ada segala bukti yang lengkap dengan saksi kot. IO tetap jawab dia tak boleh buat apa. Polis bukan patut siasat dulu ke? Atau setakat baca repot dan buang parit saja? Lepas polis lepas tangan, aku terus pergi jumpa polis tentera. Depa ini pula terus jawab, "Kes luar kami tak masuk campur. Kami hanya uruskan kes dalaman saja." Serabut bhaii kepala aku fikir benda ni!
Kalau tiba-tiba aku kena tangkap dan masuk lokap, siapa nak jawab? Siapa nak jaga bini aku? Dia pun mungkin mengandung dah sekarang, tapi tak pasti lagi. Kucing aku siapa nak jaga? Kereta siapa nak bayar? Benda lain siapa nak uruskan?
MOHON BANTUAN
Aku sekarang memang tersepit sangat dengan kes ini. Sudah macam pelarian penjara pun ada. Pi mana pun risau kot kena roadblock dan sangkut. Sesiapa ada penyelesaian, mohon sangat panjangkan hal aku ini supaya masalah dapat diselesaikan. Aku juga mohon korang semua yang baca share-lah sebanyak mungkin supaya jadi teladan.
Jangan percaya sangat kawan.
Jangan percaya sangat pihak berkuasa kita. Depa main lepas tangan saja tanpa buat siasatan lanjut.
Jangan percaya sangat orang ada pangkat.
Jangan sesekali percaya orang yang nama dia VENEZ aka MOHD NIZAM.
Aku sertakan gambar bukti lengkap bagi membuktikan yang aku memang kena tipu. Setiap gambar ada maklumat di ruang komen gambar berkenaan.
Sekian.
Aku ada dua kawan lagi yang nyaris kena game dengan Venez. Sebab aku sudah terkena, depa tak jadi deal. Baru-baru ini, bateri kereta bini aku kong, aku pegi jumpa bini aku bawa motor tanpa lesen sejauh 30km sehala. Boleh bayangkan tak macam mana perasaan aku masa itu? Kalau aku kemalangan sudah satu hal, kalau ada operasi lagi satu hal dan kalau kena tangkap memang punah hidup aku!
FOTO STATUS FB
FOTO BUKTI
Ashill says
Amboi mewahnya hidup venez aka mohd nizam ni. Pangkat apa ye? Maaf lah sy tak berapa arif tentang pangkat dlm tentera ni. Kalau dlm tentera tak kena cek ke kalau lifestyle melebihi pendapatan.
orangpalabataih says
tak check sebab ini kan Malaysia... Malaysia masih aman damai 🙂
jejari says
assalam bro ada cuba minta bantuan biro bantuan guaman..cuba call dan minta pertolongan dari mereka insyaallah mereka akan cuba membantu
Mike says
Kpd mangsa.better trus p ke pangkalan dia. Jmpa pgwai atasan dia.sertakan bkti. Trus p unit dia. Buat kecoh ckit.kompom dia akn malu.jatuh maruah dia sbgai officer. Time tu baru dia gelabah. Bile dah melibatkn kes penipuan dan melibatkan org kes org awam, secara xlangsung akn menjejaskn imej dan kdudukan dia dlm prkhidmatan.boleh dibhntikan dari pkhdmatan atas kesalahn memalukan prkhdmatan. Bg pngajaran ckit kt pgwai yg mcm ni.gaji bsr pon masih nk tipu org.dgn ego sbgai sorg officer.dia budget dunia ni. Dia bleh kntrol.fuk off
Jnajiabu65 says
Bro..gi gigit telinga dia baru ade rase..
Ikangkeli says
Sukar sekali anda mendapatkan pembelaan kerana bahan bukti yang ada maybe x cukup. Manakala transaksi rekod pembayaran dan pembualan dan msg ada rekod tak? Military police atau polis sukar bertindak maybe bahan bukti tidak cukup secara teknikal. Satu yang pelik, dah tau geran itu palsu kena beli juga? Jangan pandang rendah pekara ini.
AO says
Mangsa tak tau geran yang dia dapat tu palsu. Dan dia tak jangka pun motor dia tu motor piang sebab harga beli pun masih dalam harga pasaran. Bukti pula sebenarnya cukup untuk buat dakwaan berdasarkan beberapa kes scammer yang lebih kurang sama
shah says
Saya pun pakai R6..harga pasaran bagi model & pada tahun tersebut melebihi 40k..dlm kes ni dijual hanya 34k..amat meragukan & patut pembeli berasa was2..tambahan pula telah bberapa kali no plat ditukar yg sepatutnya perkara ini tidak boleh berlaku..pembeli seharusnya telah menyedari bahawa anda sedang ditipu
Paan says
Takda yang meragukan pun. 34k tu asalnya puki nizam venez tu nak tolak ke kedai. Kedai mmg ambik murah So dia sembang baik tolak kat kawan drpd bagi ke kedai. Macamtu la apa yg aku faham
ali says
buat surat serta salinan bukti. anta pada panglima tentera udara, panglima angkatan tentera dan menteri pertahanan
syazmiera says
sokong. lg bgus klau dpt num tntera dia. snang nk check dlm sistem
Fareez says
Bukan nak kutuk polis Malaysia. Tapi saya atau family saya sendiri pernah menghadapi kes kena tipu. Walaupun ada agreement jual beli, tapi tak ada apa-apa tindakan pun daripada pihak polis. Tidak ada pembelaan pun. Kalau kena tipu pasal kes duit ni, anggap jela polis tak dapat buat apa-apa. Kalau nak duit balik, serius kena deal sendiri dengan penipu tu. Samada ugut dia atau ambil lab tindakan sendiri. Kalau nak tunggu polis ambil tindakan, memang benda tu tak berlaku la. Salah satu kes penipuan yang saya hadapi bernilai RM350k.
Anonymous says
PDRM memg tidak membela rakyat marhaen, penjenayah penyamun penipu bebas beroperasi. Sy sdiri pernah kena 35k, yg dibela oleh polis adalah si penipu.
azman says
Semua benda boleh selesai kat luar. pernah ade pengalaman ditipu oleh kawan sendiri jugak.. tp bila pikir balik.. itu urusan dia dengan Allah. Jd kes polis.. n ape yg sy buat hanya mampu buat report polis sahaja utk lindungi diri sendiri. ade niat utk viralkan kt fb tp bila pikir panjang.. akan menyebabkan kesan jangka panjang.. kne buang kerja n maybe ilang keluarga.... mmg menyakitkan mata bila tengok kesenangan dia sedangkan diri sendiri terpaksa bayar hutang yang orang lain buat. tp alhamdulillah selepas 4 tahun sy still berkawan dengan dia sampai satu tahap dia terbukak hati utk byr balik hutang dia n mengaku silap dia. sy ceritakan kisah saya disini bukan utk sebelahkn sesiapa.. cuma sy x bersetuju dengan cara viralkan kt fb atau kat mane2 media sosial. kesannya cukup besar. pada kerjaya.. pada family.... daripada dia ade kerjaya n maybe dia boleh bayar hutang..: last2 ilang kerjaya n x de income..... ape yg kawan saudara buat mmg tak patut n salah.. ape yg saya x bersetuju cuma cara viral kt media sosial. banyak kesan buruk dan kesan jangkamasa panjang. Pada semua la termasuk diri saya sendiri.. guna la media sosial sebaik mungkin. Allah sentiasa ade bersama org benar. ok la. itu je. Assalamualaikum. semoga saudara kita dapat selesaikan semua ni dengan cara yg baik dan tidak memudaratkan kedua2 belah pihak. semua orang buat silap tetapi percaya laa.. semua orang tak nk buat silap.
syafiq says
benar kata saudara tu. tp dalam hal ini saya nampak yg sebaliknya bukan nasib pada si scamer tu sbb saudara syed hanya mintak ganti rugi yang selebihnya RM20,000 sahaja. saya nampak ramai penguatkuasa yang disebut dalam blog ini lepas tangan dalam hal ini sedangkan boleh bekerjasama mengambil tindakan pada pengusaha moto 'piang' ni kerana membawa kenderaan 'klon' yang tidak didaftarkan secara sah untuk kegunaan di atas jalan raya. namun tindakan yang di ambil oleh saudara syed ini memviralkan tidak salah, kita perlu berhati2 dalam urusan jual beli dan yang dimaklumkan memerlukan surat akuan janji atau surat perjanjian pembelian supaya apabila diminta mana2 document yang dikehendakinya boleh di tunjukkan dan diserahkan sebagai bahan bukti.
rusli says
sya pun penah kena tipu, bila nk report, balainkata payah ni. baik cik dpt pembelaan pakai bomoh ja.biar dia panas dn serah balik duit
zilla says
encik rusli...
Syirik kepada Allah lebih besar dosanya daripada menipu.. main bomoh2 ni straight terus masuk neraka.. mungkin Allah uji dugaan ini pada saudara ni untuk melihat sejauh mana kesabaran saudara dalam menghadapi ujian-Nya. saya pun pernah kena tipu.. habis lesap rm13200 tapi saya redha sebab mungkin Allah nk uji saya.. Hikmahnya Allah memberikan rezeki yang lebih besar pada saya.. Allah uji saya sebab saya leka untuk sentiasa mengingatinya.. apabila saya sedar, saya bertaubat dan kembali meminta ampun dari-Nya.. Perkara-perkara yang lebih baik datang pada saya.. Alhamdulillah.. selepas ini lebih berhati-hati dalam setiap pergerakan kita..
Sekian..
d2gadgets says
Salam..sy online seller untuk brg actioncam..
Pernah deal brg dgn nizam ni..byk brg dy beli..siap blnje starbucks lagi lepas selesai deal.. X sangka dy scammer..
joe says
bawa Surat repot tu ke sprm...... SBB tiada tindakan boleh pihak polis
zedzai says
BRO X CUBA TANYA KT KPDNKK KE? KAT SITU ADA TRIBUNAL PENGGUNA.... BOLEH TUNTUT GANTIRUGI.. TAPI X TAU LA PLAK KLU MELIBATKN INDIVIDU.. SEBAB SELALUNYA KPDNKK HANDLE KES PENJUAL YANG BERDAFTAR.. TAPI X SALAH CUBA TANYA.
Ray Dalrymple says
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Letstorque says
Dalam tentera ada 3 jenis polis tentera.
Kor Polis Tentera untuk tentera darat
Provost Tentera Laut (Protela) untuk TLDM
Provost untuk TUDM.
Buat laporan di tempat yang betul.
Satu lagi, kalau kes macam ni, report polis hanya untuk formality sahaja.
Kena saman sivil (civil court). Engage lawyer
Arjuna says
Pergi berjumpa dgn Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM.. Harap diorang boleh selesaikan kes..
nurfazuita says
Sy pon pernah kena tipu dgn anggota TLD konon nya nk bayarduit sy dlm mase setahun dr tahun 2014..tp dh thun 2018 masih xbyr..duit sy 65k dipinjam..ade x cara2 yg blh dilakukan untuk tuntut balik duit tu?? Btw mamat tu dh xreply wasap n col after kawin end of december 2017..hm..
ABG GYL says
Melibatkan wang tunai? Kami syorkan untuk buat laporan polis.
Nasri says
Jumpa Kat akhirat jew nanti mereka takkan terlepas
Buck says
AsSalam bang, Abg ni Mr43 ke?
Mohamad says
Sy cadangkan tuan rujuk kepada PPIM atau Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia
suhaimi says
apa status kes ni sekarang?
Azhan O says
Tak ada khabar berita