PEUGEOT menambah barisan 508 L di China dengan memperkenalkan model Performance baharu dinamakan 400 THP di Pameran Auto Beijing 2020.
Dibina berasaskan versi jarak roda panjang yang dihasilkan eksklusif untuk pasaran China, 508 L Performance 400 THP (2021) diposisikan antara 360 THP dan varian hibrid plug-in (PHEV) yang akan dilancarkan penghujung tahun ini. Model baharu ini menawarkan angka kuasa 208hp @ 5,500 rpm dan tork 300Nm @ 1,900-4,500rpm.
BACA >>> Peugeot 5008 (2020) Diperkenal dengan Rupa Depan Lebih Agresif, Penuh Seni!
Dijual pada harga bermula 189,700 yuan (RM116,195), 508 L Performance 400 THP (2021) menampilkan bumbung kemasan hitam, gril gelap dan rim dwi-tona 18 inci. Kerusi dibalut material kulit merah dan pelapik bumbung hitam. Ciri kabin menawarkan sistem penapisan udara dan konsep i-Cockpit.
Turut ditayangkan ialah crossover subkompak e-2008 dan 2008 yang pernah dipamerkan di Guangzhou 2019, dan dilancarkan Mei tahun ini, dan 4008 PHEV, kenderaan utiliti sukan (SUV) 5008 dan sedan 408 sedan.
Peugeot meneruskan sambutan ulang tahun ke-210 di China dengan mempromosikan slogan '2.1.0 Let's Go!' dan mempamerkan logo dengan imej singa di atas sebatang anak panah dan kapsyen bertulis '210 Years', iaitu sejak 1810.
Pengurus Besar Dongfeng Peugeot, David Guerin berkata, sepanjang sejarah 210 tahun, jenama Peugeot dengan semangat inovasi, sentiasa terkedepan dalam rekabentuk dan teknologi automotif, selalu berusaha menambah baik keseronokan memandu.
"Peugeot dapat menyesuaikan diri dengan perubahan pada masa ia memikirkan semula standard mobiliti. Pada masa depan, Dongfeng Peugeot akan menepati janji untuk ‘Unboring The Future’ dan menyampaikan ‘Feel your heart Beat’ kepada pengguna China," katanya.
BACA >>> Peugeot 508 Sport Engineered - Sentuhan Divisyen Prestasi Tinggi dari Perancis
GALERI
SUMBER: CarScoops
Leave a Reply