• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Imej Paten Bocor, Inikah Rupa Honda Civic Hatchback (2022) Generasi Baharu?

Imej Paten Bocor, Inikah Rupa Honda Civic Hatchback (2022) Generasi Baharu?

October 2, 2020 By Han Othman Leave a Comment

98
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KELIBAT Honda Civic (2022) sedang menjalani ujian enduran sudah beberapa kali dikesan jurugambar amatur dan profesional, tetapi terbaharu ini lebih jelas kerana foto yang bocor itu ialah imej paten.

Foto ditularkan forum CivicXI itu menunjukkan rupa baharu Civic Hatchback (2022) yang  memiliki persamaan rekabentuk dengan Accord.

BACA >>> Honda Civic, BR-V Kini Ada Warna Putih Mutiara, Cuma Tambah RM272

Bermula depan, rekaan gril diperbaharui yang diapit lampu utama baharu dengan bentuk lebih horizontal. Bampar depan juga baharu dengan bukaan tengah lebih besar dan garis aliran udara yang berfungsi menyuapkan udara luar ke dalam enjin.

BACA >>> Megane RS Trophy-R Sekali Lagi Cipta Rekod FWD Terpantas, Kali Ini di Trek Suzuka!

Kita juga dapat lihat bentuk bonet yang rata dengan anjur (overhang) depan besar dan menirus ke balakang. Model kali ini juga memiliki garis bahu rata yang nampak agak tradisional, seperti kurang sentuhan mengancam. Kelihatan cermin tingkap suku dan aksen krom di pintu belakang, sama seperti ada pada Accord.

Rupa belakang nampak lebih ringkas kerana tiada lagi lampu bentuk-C seakan sepit ketam seperti model sedia ada. Sebaliknya, lampu belakang diperbaharui lebih kompak dan bersambung dengan strip halus (mungkin reflektor) yang melintas sepanjang but.  Bampar belakang juga kurang agresif.

Keseluruhan, Civic Hatchback (2022) nampak lebih matang berbanding model terdahulu dan dijangka menarik perhatian peminat Honda yang kurang gemar dengan rekabentuk agresif seperti mana sekarang.

Tiada banyak diperkatakan Honda mengenai Civic generasi baharu, tetapi mendedahkan yang model itu dijangka debut musim sejuk akan datang. Varian hatchback akan dibina di Amerika Syarikat (AS) berikutan penutupan kilang Swindon dan Britain pada 2021.

BACA >>> Honda Civic Hatchback Kini Ditawarkan Aksesori Mugen

GALERI

paten-honda-civic-hatchback-2022-5
paten-honda-civic-hatchback-2022-6
paten-honda-civic-hatchback-2022-1
paten-honda-civic-hatchback-2022-2
paten-honda-civic-hatchback-2022-3
paten-honda-civic-hatchback-2022-4
paten-honda-civic-hatchback-2022-7

SUMBER: CarScoops

Related

98
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Honda Civic Hatchback (2022), Imej Paten, Imej Paten Honda Civic Hatchback (2022)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev