• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kawasaki UK Perkenal Warna, Grafik Baharu Versys 650, Z650, Ninja 650 (2021)

Kawasaki UK Perkenal Warna, Grafik Baharu Versys 650, Z650, Ninja 650 (2021)

October 5, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

196
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI UK memperkenalkan warna dan grafik baharu untuk produk middleweight jenama itu, Versys 650, Z650 dan Ninja 650 (2021) sebagai barisan model 2021.

VERSYS 650 (2021)

Versys 650 (2021) ialah jentera adventure tourer middleweight serba guna yang menawarkan dinamik tunggangan sporty, keupayaan tunggangan jarak dan praktikaliti harian dalam satu pakej. Model ini dipacu enjin 4-lejang dwi-silinder 649cc Parallel Twin DOHC penyejukan cecair berkuasa 65.7hp @ 8,500rpm dan tork 61Nm @ 7,000rpm.

Tangki minyak dipertingkat kepada 21 liter untuk jarak tunggangan lebih jauh, manakala masalah getaran dikurangkan pada bar hendal, pelana dan tangki minyak.

Model edisi 2021 ini tersedia dalam tiga warna pilihan, iaitu:

  • Metallic Moondust Gray/Metallic Spark Black
  • Candy Lime Green/Metallic Spark Black
  • Pearl Blizzard White/Metallic Spark Black

NINJA 650 (2021)

Sementara itu, Ninja 650 (2021) adalah antara model yang menerima banyak perubahan tahun depan menerusi pemuka TFT mudah baca, sistem lampu LED dan ciri bantuan klac antigelincir Assits & Slipper (A&S). Trenkuasa dijana enjin 4-lejang dwi-silinder 649cc Parallel Twin DOHC penyejukan cecair berkuasa 67.3hp @ 8,000rpm dan tork 64Nm @ 6,700rpm.

Model ini dipasangkan tayar baharu lebih ringan untuk menambah baik aspek pengendalian. Tebal pelana belakang kini lebih tipis untuk memberikan ekstra keselesaan buatng pembonceng. Pemuka pula menggunakan kluster instrumen TFT warna serba baharu yang kali pertama diperkenalkan pada model kelas 650cc, juga ada ciri baharu yang tiada pada model terdahulu.

Ada tiga warna baharu ditawarkan Ninja 650 (2021):

  • Metallic Spark Black/Pearl Blizzard White
  • Lime Green/Ebony/Pearl Blizzard White
  • Metallic Spark Black

Z650 (2021)

Akhir sekali ialah Z650 (2021), sama seperti Ninja 650, naked bike middleweight ini turut dikemas kini. Aspek kuasa dijana enjin 4-lejang dwi-silinder 649cc Parallel Twin DOHC penyejukan cecair berkuasa 67.3hp @ 8,000rpm tork 64Nm @ 6,700rpm.

Antara perubahan dilakukan ialah menambah baik komponen sistem ekzos dan ambilan bagi memenuhi regulasi emisi Euro 4, manakala tork julat tengah dipertingkat dan kuasa dikekalkan daripada model terdahulu.

Z650 (2021) menampilkan warna lebih segar seperti berikut:

  • Pearl Blizzard White/Metallic Spark Black
  • Candy Lime Green/Metallic Spark Black
  • Pearl Blizzard White/Metallic Spark Black

BACA >>> 8 Fakta Pantas: Kawasaki Z650 (2020) Lancar di Vietnam, RM33.4k Sahaja
BACA >>> Kawasaki Ninja ZX-25R Versi Naked Sudah Keluar?

Related

196
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: adventure tourer, Kawasaki, Kawasaki Ninja 650 (2021), Kawasaki UK, Kawasaki Versys 650 (2021), Kawasaki Z650 (2021), naked bike, roda2, Sportbike Middleweight, supersport

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev