• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bonet Wira Evo RM1.5k Kena Curi!

Bonet Wira Evo RM1.5k Kena Curi!

October 5, 2020 By Azizi H Leave a Comment

261
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG peniaga tidak menyangka bonet depan dan bateri Proton Wira miliknya boleh dicuri ketika dia memarkir kenderaannya itu secara terbuka di jalan berdekatan Bulatan Ladang, di Kuala Terengganu, hari ini.

Kehilangan itu disedari Mohd Amar Affzan Mohd Fazli, 27, pada jam 8 pagi tadi ketika hendak keluar menghantar makanan kepada ibunya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Menurutnya, kereta itu diparkir di depan kedai pada jam 12 tengah malam tadi, tidak jauh dari hotel dia menginap selepas menghantar ibu dan adiknya ke HSNZ.

Menurutnya, adiknya dimasukkan ke HSNZ semalam kerana demam panas dan ditemani ibu sebagai penjaga. Dia kemudian balik ke hotel sekitar jam 12 malam dan terpaksa meletakkan kenderaan sedikit jauh kerana ruang parking depan hotel penuh.

Namun, apabila mahu keluar ke hospital pagi tadi, dia mula rasa pelik kenapa dipandang orang sekeliling sebelum menyedari yang bonet keretanya sudah hilang dicuri, termasuk bateri. Berdasarkan rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) daripada kedai berhampiran, kecurian itu dilakukan dua lelaki sekitar jam 4.53 pagi sepantas empat minit.

Mohd Amar berkata, bonet daripada model Evo itu dibelinya pada harga RM500 dan harga pasaran sekarang bernilai  hingga RM1,500.

SUMBER : SinarHarian

Related

261
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bonet Wira Kena Curi, jenayah, Kes Curi, Proton Wira

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev