DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bermula hari ini memperkenalkan kaedah baharu pembayaran caj parkir kereta di bahu jalan dengan menggunakan aplikasi mudah alih dan e-dompet seperti berikut:
- EZ Smart Park
- Flexiparking
- Wilayah Parking
- M-Cash
Kaedah pembayaran secara digital itu menggantikan sistem konvensional menggunakan mesin wang dan tiket. DBKL juga merancang integrasi dengan aplikasi Boost dan Touch n Go e-Wallet sebagai pilihan lebih luas kepada pengguna.
Buat masa ini, pas harian dan pas bulanan untuk parkir masih belum beroperasi yang mana kemudahan ini akan diaktifkan selepas sistem dinaik taraf.
Permohonan untuk petak khas masih beroperasi seperti biasa dan kadar caj tempat letak kereta masih kekal seperti sedia ada. Justeru DBKL menggalakkan orang ramai menyesuaikan diri dengan kaedah baharu pembayaran parkir kereta bahu jalan sekitar Kuala Lumpur.
BACA >>> Akhirnya Foto Proton X50 Didedahkan, Ada Ciri Parkir Automatik, ADAS 2.0?
BACA >>> Misteri Pemandu Innova Cekap Parkir Tahap Super Akhirnya Terjawab
Leave a Reply