• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda H'ness CB 350 Rancakkan Perang Sportbike Moden Klasik di India

Honda H'ness CB 350 Rancakkan Perang Sportbike Moden Klasik di India

October 1, 2020 By Aryon 2 Comments

197
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


H’NESS CB 350 bakal bersaing dengan Royal Enfield Classic 350, Jawa Standard dan Benelli Imperiale 400. Dengan mengekalkan warisan siri CB, model ini menampilkan rekabentuk retro yang dapat dilihat pada bentuk lampu bulat, bar hendal lebat, tangki minyak air mata (teardrop), pelana tunggal dan fender pendek. Penampilan klasik diserlah menerusi kemasan krom pada frem lampu, fender, bar hendal, cermin sisi dan rim aloi.

Bagaimanapun H’ness CB 350 tidak melupakan ciri motosikal moden masa kini seperti lampu utama LED penuh, dan lampu belakang dengan lampu signal bentuk gelang.

BACA >>> TERKINI!!! Honda CBR250RR (2020) Sah Lancar di Malaysia Hujung Tahun Ini!

Kluster instrumen terdiri daripada spidometer analog dengan LCD kecil yang memaparkan perbatuan masa nyata, purata perbatuan, posisi gear, voltan bateri dan jarak baki petrol. Lagi, model ini turut dilengkapkan ciri wayarles Bluetooth dan sistem kawalan suara yang memudahkan penunggang mengakses fungsi navigasi, kawalan muzik, panggilan telefon dan mesej.

Juga ada suis lampu kecemasan, sistem tongkat yang perlu diangkat untuk menghidupkan enjin dan suis mula-henti.

H’ness CB 350 dibina atas frem keluli double-cradle dan dijana enjin silinder tunggal 348.36cc penyejukan udara dengan transmisi klac manual 5-kelajuan dan dibantu sistem antigelincir Assist and Slipper (A&S). Kuasa dihasilkan 20.5hp @ 5,500rpm dan tork 30Nm @ 3,000rpm.

BACA >>> Honda Wave Alpha (2020) Vietnam Kini dengan Lampu Nyala Automatik Tanpa Suis

Bahagian roda menggunakan kombo rim aloi 19-18 inci yang diikat suspeksi fork teleskopik di depan dan absorber kembar di belakang. Sistem brek jenis cakera 310mm di depan dan 240mm di belakang dengan ABS dwi-saluran. Tunggangan juga lebih selamat dengan sistem kawalan tork Honda Selectable Torque Control (HSTC)

Ada tiga warna ditawarkan untuk H’ness CB 350, iaitu red, black, green bersama skema cat dwi-warna  seperti hitam dengan perak, biru dengan putih dan hitam dengan kelabu.

BACA >>> Honda CB500X (2021) Dilancarkan untuk Pasaran Global, Harga RM29k

Related

197
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda H'ness CB 350, Honda India, roda2, sportbike, Sportbike Klasik Moden

Comments

  1. Jan says

    October 3, 2020 at 11:31 AM

    Kalau masuk malaysia dgn harga bwah 15k, boleh laku keras ni 😀

    cantik model ni, sesuai sgt buat santai2 jalan petang2

    Reply
  2. amran abu sidek says

    October 8, 2020 at 2:18 PM

    masuk malaysia ke model ni??

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev