• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki Malaysia Siar Satu Lagi Foto Acah, Belang R150 Akan Kembali?

Suzuki Malaysia Siar Satu Lagi Foto Acah, Belang R150 Akan Kembali?

September 29, 2020 By Admin PanduLaju 2 Comments

9.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TERKINI!!! SuzukiMalaysia baru saja memuat naik foto acah dalam laman Facebook rasmi wakil pengeluar itu dengan status bertulis "Guess what model coming to town?".

Tulisan atas foto pula tertera perkataan "The King is Back".

Sebelum ini Suzuki Malaysia menyiarkan foto acah yang memberikan gambaran ketibaan GSX-R. Jika meneliti foto acah terbaharu ini, ia seakan tiada kaitan dengan foto terdahulu. Adakah ini taktik pancing Suzuki Malaysia untuk melihat respon peminat dua roda tempatan?

BACA >>> Suzuki Malaysia Bakal Lancar Model GSX-R Misteri?

Kami pun keliru ketika cuba mencari klu  dengan dengan foto acah sebelumnya. Selepas meneliti dan melakukan perbandingan, status baharu itu memberi bayangan mengenai model yang pernah menjadi raja jalanan Malaysia. Adakah Suzuki Belang, yang juga dikenali sebagai Satria F150 di Indonesia (seperti foto atas), bakal menjengah semula pasaran tempatan?

Ataupun GSX Bandit 150? Bagaimanapun selepas melihat foto dimuat naik, ada satu klu pada fairing depan sebelah kanan yang tertera lencana 'Fi'. Sebagai makluman, GSX-150 Bandit tiada lencana FI pada fairing depan. Berdasarkan pandangan depan dua model itu tidak jauh berbeza, cuma lencana FI dan logo Suzuki.

BACA >>> Suzuki Malaysia Bakal Lancar Model GSX-R Misteri?

Suzuki Satria F150
Suzuki GSX-150 Bandit

Satria F150 tampil futuristik dan sporty dengan rekaan badan aerodinamik.  Menggunakan mesin baharu yang mengadaptasi teknologi MotoGP, Satria F150 didatangkan dengan enjin 147.3cc penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api berkuasa 18.2hp @ 10,000rpm dan tork 13.8Nm @ 8,500rpm bersama transmisi klac manual 6-kelajuan.

GSX-150 Bandit pula menerapkan karakteristik siri GSX dengan rekabentuk berkarakter. Didatangkan dengan enjin silinder tunggal DOHC, model ini mampu menghasilkan kuasa 18.9hp @ 10,500rpm dan tork 14Nm @ 9,000rpm dengan klac manual 6-kelajuan, tetapi tanpa teknologi FI.

Selepas membuat perbezaan dari pandangan depan,  Suzuki Malaysia mungkin memperkenalkan semula Belang yang suatu masa dulu pernah mewarnai pasaran motosikal tempatan dan disebut antara model kapcai terbaik Malaysia. Bagaimanapun jangan lupa Yamaha MT-15 bakal berada di pasaran tidak lama lagi, bimbang kena tapau nanti.

BACA >>> Suzuki Swace - Wagon Moden Praktikal Hasil Kerjasama dengan Toyota

Related

9.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, roda2, Suzuki, Suzuki GSX-150 Bandit, Suzuki Malaysia, Suzuki Satria F150

Comments

  1. gaza says

    September 30, 2020 at 1:56 PM

    correction cket tuan, gsx 150 bandit ni pakai fuel injection FI. apesal pulak tanpa FI tuh. buwat lawak ke apo ni hahaha. dah keluar kat indo moto tu lama da. kalo moto cina tu logik la ckp pakai carb lagi.

    refer :
    https://www.suzuki.co.id/uploads/brochures/Flyer-GSX-150-BANDIT.pdf

    Reply
  2. Guest says

    November 21, 2020 at 9:52 AM

    Harap-harap suzuki keluar moped belang macam RS / Y15 / SYM185 / benelli. bukan yang togel macam sekarang. Aku sanggup jual honda RS tukar ke suzuki.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev