SEMUA tahu rancangan Harley-Davidson yang mahu menghasilkan model-model mampu milik dalam usaha menembus masuk pasaran dua roda lebih meluas di Asia seperti di India dan China.
Harley-Davidson turut merancang menutup beberapa pasaran luar negara yang tidak memberikan keuntungan dalam usaha menstrukturkan semula kewangan dan hala tuju pengeluar dari Amerika Syarikat (AS) itu. Namun, itu bukan bermakna pelan peluasan pasaran dihentikan yang mana model sesaran kecil menjadi salah satu daripada pelan jangka pendek syarikat berkenaan.
BACA >>> Harley-Davidson Perkenal Barisan Model 2020 untuk Malaysia, Harga Mula RM62.8k
Misalnya model ini, Harley-Davidson 338R yang direka dan dibangunkan dengan kolaborasi rakan usahasama di China, Qianjiang, juga syarikat sama memiliki Benelli.
Beberapa minggu lalu imej 338R versi pengeluar bocor di media sosial dan terbaharu, muncul pula foto lukisan penuh yang mendedahkan rupa sebenar motosikal mampu milik itu.
Motosikal ini dibina berasaskan platform sama dengan Benelli 302S (foto atas) dengan enjin Parallel-Twin. Faktanya, komponen seperti frem, suspensi, brek dan lain-lain dipinjamkan daripada model Itali buatan China itu. Namun apa berbeza ialah bahasa rekabentuk yang mengekalkan DNA Harley-Davidson.
Model ini pastinya akan menjengah pasaran Negara Tembok Besar itu, tetapi belum diketahui negara luar mana dulu yang akan dimasuki motosikal berkenaan.
Seperti mana BMW membawa masuk model-model mampu milik seperti G310GS pada harga serendah RM30,000 selepas berkolaborasi dengan syarikat dari India, nampaknya Harley-Davidson juga tidak mahu ketinggalan.
BACA >>> Harley-Davidson Sedia Lancar Model 2-Silinder 338cc 'Baby Harley'
BACA >>> Berita Gembira!!! BMW G 310 RS Kini di Malaysia, Harga RM29,900!
Leave a Reply