• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki Malaysia Bakal Lancar Model GSX-R Misteri?

Suzuki Malaysia Bakal Lancar Model GSX-R Misteri?

September 25, 2020 By Admin PanduLaju 1 Comment

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS mengumumkan kemunculan semula di pasaran tempatan, Suzuki Malaysia tidak menunggu lama untuk mendedahkan produk pertama yang bakal dilancarkan wakil pengedar itu di bawah pengurusan baharu.

Daripada laman Facebook Suzuki Malaysia, satu foto acah dimuat naik yang memberikan gambaran tentang ketibaan model GSX-R.

Berdasarkan status ditulis, Suzuki Malaysia mungkin membawa masuk semula model Suzuki GSX-R. Cuma tidak diketahui model mana satu akan dilancarkan kerana Suzuki sudah sedia ada pelbagai produk sesaran kecil dan besar di bawah lencana GSX-R.

Malah kita juga tidak dimaklumkan tentang misi dan rancangan pengurusan baharu Suzuki. iaitu Kawasaki Motors Malaysia (KMM). Adakah hanya motosikal besar yang dibawa masuk seperti mana pengurusan lama? Atau menggunakan resepi Kawasaki yang tenang membawa masuk aneka model pelbagai segmen.

BACA>>>Kapcai Suzuki Muncul Semula, Kawasaki Jadi Pengedar di Malaysia?

Sebagai bayangan ini barisan produk GSX-R di pasaran:

  • Suzuki GSX-R 1000/R
  • Suzuki GSX-R 750
  • Suzuki GSX-R 600
  • Suzuki GSX-R 250
  • Suzuki GSX-R 150
  • Suzuki GSX-R 125

Jika Suzuki Malaysia mendengar keluhan dan keinginan pengguna tempatan, mereka sepatutnya membawa masuk model bawah 200cc. Jika dibaca semula kapsyen, ada bayangan diberikan ada ayat 'We Bring It Back' (kami bawakan ia semula). Maknanya, model itu pernah masuk pasaran tempatan suatu masa lalu.

Faktanya, model GSX-R 250 ke bawah tidak pernah memasuki pasaran tempatan, dan begitu juga 600cc dan 700cc. Mungkinkah Suzuki Malaysia akan membawa masuk model edisi terhad Suzuki GSX-R1000/R 100th Anniversary. Ini kerana cuma model abang besar itu saha yang sudah bertapak di Malaysia.

BACA>>>Kawasaki Ninja ZX-25R Versi Naked Sudah Keluar?

Mengukuhkan lagi andaian berdasarkan sumber risikan, buat masa ini tiada model Suzuki baharu dihantar untuk menjalani ujian Pengesahan Jenis Kenderaan (VTA) di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai syarat asas jika sesebuah kenderaan itu mahu dijual di Malaysia. Namun, disebabkan model sedia ada hanya mengalami perubahan kosmetik, jadi ujian VTA tidak diperlukan.

Jika benar, pasti peminat Suzuki kecewa kerana berdasarkan komen dalam status tersebut, ramai mengharapkan Suzuki Malaysia membawa masuk model 150cc dan 250cc, Belang, dan kapcai baharu lain.

Apapun, segalanya baru permulaan. Kita tunggu saja majlis pelancaran rasmi model GSX-R itu yang kami jangka Suzuki Malaysia akan berkongsi kepada media tentang rancangan masa depan wakil pengedar itu.

Mungkinkah ada kejutan akan didedahkan?

BACA >>> Kawasaki Motors Malaysia (KMM) Beri Bayangan Suzuki Akan Muncul Semula
BACA >>> Menteri: Hadkan Laju Kapcai 70kmj Susah Nak Buat, Lorong Khas Motor Perlu Kos Besar

Related

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Kawasaki, Pengesahan Jenis Kenderaan (VTA), roda2, Suzuki, Suzuki GSX-R1000R, Suzuki Malaysia

Comments

  1. Jan says

    September 27, 2020 at 3:00 PM

    salah fakta, Suzuki tiada model GSX R250 buat masa sekarang, yang ada ialah GSX 250R

    GSX R250 tu yg 4 silinder dulu dulu, GSX 250R sekarang 2 silinder shj,

    rasanya yang masuk malaysia konfem GSX R150 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev