• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penyelamat Terpaksa Bawa Mayat Naik Motor Sebab Jalan Teruk

Penyelamat Terpaksa Bawa Mayat Naik Motor Sebab Jalan Teruk

September 28, 2020 By Azizi H Leave a Comment

639
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAYAT seorang wanita warga emas di satu kampung di pergunungan Thailand terpaksa dihantar ke rumah mayat menggunakan motosikal kerana jalan teruk yang menyukarkan kenderaan bantuan masuk ke sana.

Petugas penyelamat dikatakan membawa mayat itu ke hospital berdekatan yang terletak 70km dari situ.

Menurut laporan, wanita berusia 70 tahun itu dipercayai menyelinap masuk ke pondok simpanan makanan milik petani tempatan kerana mahu mencuri. Namun, beliau  meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas selepas terperangkap ketika bersembunyi di bawah papan.

BACA >>> Dua Sahabat Maut, Dua Kritikal Terhidu Asap Kereta Bocor Ketika Tidur

Identiti wanita juga tidak diketahui, tetapi disyaki berasal dari suku Mlabri yang tinggal di kawasan pergunungan berdasarkan pakaian mangsa. Wanita itu dipercayai sudah meninggal dunia lebih 24 jam.

Petani tempatan kemudian cuba meminta bantuan pasukan penyelamat untuk memindahkan mayat itu ke wilayah berdekatan, tetapi tiada kenderaan sesuai untuk membawa keluar mayat tersebut. Mujurlah, seorang petugas penyelamat mengambil keputusan mengikat mayat di belakang badannya dengan menunggang motosikal.

Dilaporkan, penyelamat mengambil masa enam jam untuk tiba di rumah mayat terdekat.

Suku Mlabri ialah etnik yang tinggal antara Thailand dan Laos dengan jumlah pendudukan sekitar 400 orang sahaja. Kaum tersebut hidup secara nomad dengan menjalani tradisi kuno seperti mencari makanan dengan cara berburu.

BACA >>> MP Kepong: Bendul Jalan Sengaja Dilebarkan untuk Elak Kemalangan

SUMBER : HarianMetro

Related

639
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my