SUZUKI Vietnam baru saja melancarkan model cruiser kecil, Intruder 150 untuk pasaran negara itu pada harga serendah 89.9 juta dong (RM16,070).
Motosikal berkapasiti 150cc itu diimport Suzuki sepenuhnya dari India sebelum dan diagihkan ke rangkaian pengedar sah seluruh negara. Sebelum ini, ada beberapa syarikat motosikal mengambil inisiatif sendiri mengimport masuk model tersebut untuk dijual di Bandar Raya Ho Chi Minh.
BACA >>> BMW R 18 (2021) Lancar, Cruiser Klasik Moden dengan Prestasi Buas
Di India, Suzuki Motorcycle India Private Limited (SMIPL) memperkenalkan Intruder dalam dua pilihan, iaitu versi karburator dan suntikan bahan api (FI) sejak 2018. Bagaimanapun, harga dijual SMIPL agak jauh berbeza, iaitu antara 118,780 rupee (RM6,700) hingga 125,910 rupee (RM7,100), varian piawaian BS6, dan berbeza mengikut negeri dan bandar.
Intruder 150 ialah adik kepada Intruder M1800R dengan enjin 1,783cc V-Twin. Intruder 150 pula dipacu enjin 4-lejang silinder tunggal SOHC 155cc dengan transmisi manual 5-kelajuan berkuasa 13.9hp @ 8,000rpm dan tork 14Nm @ 6,000rpm.
Enjin Intruder 150 menghasilkan kuasa kuda lebih rendah berbanding Bandit 150 dan GSX-S150 dengan output maksimum 18.9hp. Ia bukan cruiser gaya klasik tetapi cuba mengetengahkan rekabentuk lebih agresif dengan bentuk komponen badan lebih moden berbanding cruiser biasa lain.
Rupa depan motosikal ini mempunyai perumah lampu depan bentuk segitiga terbalik agak pelik yang terjulur ke depan. Lampu signal belok diposisikan pada bar hendal seperti kapcai.
BACA >>> Suzuki Malaysia Sah Kembali ke Malaysia!
Apa yang agak menghampakan, Intruder berharga mahal ini menggunakan lampu depan jenis halogen dan projektor, sebaliknya lampu signal belok dan lampu belakang jenis LED.
Bar hendal mempunyai set butang kawalan konvensional dan masih menggunakan sistem masukan kunci tradisional. Intruder 150 turut menggunakan panel meter LCD digital, sama seperti GSX-R 150, GSX-S 150 dan Bandit. Pelana cruiser ini memberikan ergonomik lebih tegap, dan selesa yang sesuai untuk tunggangan jauh.
Ruang pelana pula dibahagikan antara penunggang dan penbonceng dengan setiap ruang diberikan penyandar pinggul. Pelana penunggang berbentuk separa huruf C, manakala pelana pembonceng ada pad pengadang belakang. Ketinggian pelana cuma 740mm.
Sistem ekzos jenis dwi-mufler yang saling bertindan satu sama lain, seperti naked bike Kawasaki Z1000 Sugomi.
Intruder 150 menggunakan fork teleskopik dan absorber tunggal boleh laras, manakala rim bersaiz 17 inci yang dilengkapi sistem brek cakera dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Ada dua pilihan warna ditawarkan, iaitu hitam-perak atau emas-perak.
BACA >>> Suzuki Intruder 150 FI Lancar di India, Kini Lebih Cekap Bahan Api
GALERI
SUMBER: Zingnews.vn
Leave a Reply