MASA dinanti-nanti peminat Honda akhirnya tiba apabila motosikal kegemaran ramai, Honda CBR250RR 2017 membuat kemunculan sulung di Indonesia.
Hadir dalam dua varian itu Honda CBR250RR 2017 ABS dan non-ABS, pengenalannya di pasaran Indonesia juga yang pertama di peringkat global.
Untuk pasaran Indonesia, berikut adalah harga jualan bagi kedua-dua varian Honda CBR250RR 2017;
HARGA:
- Honda CBR250RR 2017 ABS - Rp70 juta (RM21,689.90)
- Honda CBR250RR 2017 non-ABS - Rp65 juta (RM20,140.62)
3 WARNA PILIHAN:
- Honda Racing Red
- Anchor Graymetallic
- Mat Gunpowder Black Metallic
PRESTASI:
Honda CBR250RR 2017 dipadankan dengan enjin bersesaran 250cc dengan teknologi PGM-FI.
REKAAN:
Dari aspek rekaan, Honda CBR250RR 2017 tampil dengan rekaan yang menarik dan mengiurkan. Ia hadir dengan lampu depan dwi-LED selain meter digital lebih menarik.
PASARAN MALAYSIA:
Buat masa ini, pihak Boon Siew Honda tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai Honda CBR250RR 2016. Bagaimanapun, kami akan sampaikan kepada pembaca PanduLaju sebaik menerima maklumat berkaitan jentera ini. Begitu juga dengan harga, kami mengharapkan ia tidaklah dijual pada harga terlalu mahal.
Selain itu, kami turut sediakan video berkaitan Honda CBR250RR 2017 untuk tatapan semua.
Leave a Reply