SEBELUM ini kami ada menyiarkan artikel mengenai kemunculan semula Suzuki Malaysia berdasarkan nama tertera pada bungkusan kuih bulan kiriman Kawasaki Motors Malaysia (KMM) kepada organisasi media tempatan.
BACA >>> Kawasaki Motors Malaysia (KMM) Beri Bayangan Suzuki Akan Muncul Semula
Kali ini tanda tanya tersebut sudah terjawab menerusi foto baharu dimuat naik laman Facebook Suzuki Malaysia dengan status bertulis;
We Are Back to Malaysia! Stay connected on our social media for updates and interesting news coming Up NEXT."
Status itu juga seperti mengesahkan pengedar rasmi Suzuki Malaysia ialah KMM. Ini disokong alamat baharu Suzuki Malaysia dalam laman Facebook tersebut yang kini berada di lokasi sama dengan ibu pejabat KMM di Glenmarie, Shah Alam.
Alamat sama juga tertera bungkusan kuih bulan (foto atas) yang kami terima sebelum ini. Cuma KMM masih belum mengeluarkan kenyataan media rasmi mengenai pengambilalihan tersebut.
Status baharu Suzuki Malaysia itu turut mengundang pelbagai komen positif daripada kalangan peminat dua roda tanah air yang mengalu-alukan kehadiran jenama itu. Ramai meminta Suzuki Malaysia membawa masuk model jenis kapcai dan bawah 250cc. Malah ada juga bertanyakan mengenai kekosongan kerja.
BACA >>> Kapcai Suzuki Muncul Semula, Kawasaki Jadi Pengedar di Malaysia?
Jan says
YESSSS akhirnya suzuki kembali !
kempunan nak merasa Satria FU hahaha