• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Jawa Classic Tembusi Pasaran Eropah

Jawa Classic Tembusi Pasaran Eropah

September 22, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter

JENAMA motosikal Jawa asal  ini diperkenalkan dua tahun lalu di India menerusi tiga pilihan Jawa Perak, Jawa Classic dan Jawa Forty-Two.

Jawa ialah jenama motosikal berasal dari Czechoslovakia (pecahan kepada Republik Czech dan Slovakia), tetapi berpangkalan di Prague, Republik Czech. Jawa dibawa masuk ke pasaran India menerusi konglomerat Mahindra Group dan dipasangkan di kilang Pithampur di Madhya Pradesh.

Terkini model Jawa Classic akan dipasarkan ke pasaran Eropah. Jawa Classic akan memperkenalkan moniker Jawa 300 CL ke pasaran Eropah pada harga €6000 (RM29,184).  Dari segi penggayaan Jawa 300 CL mirip dengan versi pasaran India yang memaparkan panel badan berlekuk, rim jejari, kluster instrumen analog old-skool, kemasan krom, dual ekzos dan madgad klasik.

Jika di India Jawa Classic dikuasakan oleh enjin 293cc silinder tunggal DOHC dengan kuasa 26.51PS dan tork 27.05Nm, pasaran Eropah pula didatangkan dengan enjin 294.7cc silinder tunggal bagi mematuhi regulasi emisi Euro4. Hasil talaan enjin itu  menghasilkan kuasa 22.5bhp dan tork 25Nm. Kemudian dipadankan dengan kotak gear 6-kelajuan.

Jawa Classic India dilengkapi dengan brek cakera depan dan pilihan brek dram atau brek cakera di belakang bersama ciri Sistem Brek Anti Kunci (ABS) satu saluran atau dua saluran. Namun,  Jawa 300 CL untuk Eropah didatangkan dengan brek cakera di depan dan brek dram belakang bersama ABS satu saluran.

BACA>>>Jawa Muncul Kembali di India, Bakal Cabar Dominasi Royal Enfield
BACA>>>#BikinMotor: Royal Enfield Bullet The Graduate yang Penuh Aura Klasik

GALERI
Jawa Classic_1
Jawa Classic_4
Jawa Classic_2
Jawa Classic_5
Jawa Classic_6
Jawa Classic_3
Jawa Classic_7

 

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Jawa, Jawa classic, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev