• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Civic, BR-V Kini Ada Warna Putih Mutiara, Cuma Tambah RM272

Honda Civic, BR-V Kini Ada Warna Putih Mutiara, Cuma Tambah RM272

September 21, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

222
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Malaysia memperkenalkan warna Platinum White Pearl (putih mutiara) untuk dua model popular, Civic dan BR-V yang sebelum ini ditawarkan pada Odyssey dan Accord.

Civic dengan warna baharu itu sudah boleh ditempah di mana-mana pusat jualan Honda sah, manakala BR-V berwarna sama akan mula ditawarkan November depan. Jika mahu mendapatkan warna tersebut, pelanggan cuma perlu menambah bayaran sebanyak RM272.73.

BACA >>> Polis Perak Dapat 44 Unit Honda Civic 1.8L

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, Platinum White Pearl ialah warna popular dalam kalangan pelanggan Honda, mewakili 38 peratus Civic, dan 25 peratus BR-V.

"Apabila kami memperkenalkan warna itu pada Accord tahun lalu, maklum balas cukup memberangsangkan dengan menyumbang 33 peratus jualan Accord. Jadi kami memperkenalkan pula kepada Civic dan BR-V,” katanya.

Civic mengekalkan kedudukan sebagai sedan segmen-C paling laris di Malaysia dengan penguasaan pasaran sebanyak 79 peratus. Dijana enjin turbo 1.5L dan natural aspirasi (NA) 1.8L, model itu menawarkan pengalaman pemanduan mengujakan.

BR-V pula sudah terjual lebih 38,000 unit sejak diperkenalkan pada 2018.

BACA >>> Tempahan Honda BR-V (2020) Baharu Kini Dibuka!
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Sistem Mula-Henti (Start-Stop) yang Perlu Anda Tahu

Related

222
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Honda, Honda BR-V, Honda Civic, Honda Malaysia, Platinum White Pearl, Roda4, Toichi Ishiyama, Warna Baharu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my