• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: KTM RC (2021) Dikesan Ditunggang Uji

#Spyshot: KTM RC (2021) Dikesan Ditunggang Uji

September 22, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

678
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


IMEJ intip baharu menunjukkan KTM RC sedang menjalani ujian di jalan raya. Namun masih belum jelas jenis siri RC yang dilihat itu sama ada RC 125, 200 atau 390cc kerana menggunakan skema warna hitam sepenuhnya. Cuma rim belakang berwarna jingga.

Ada beberapa petunjuk yang mendedahkan itu model 125cc. Pertama, posisi ekzos di bawah, dan kedua, dimensi enjin kompak yang menunjukkan ia siri RC paling bongsu.

Perubahan terbesar untuk 2021, selain mematuhi piawaian Eropah ialah gaya motor yang dikemas kini menyeluruh. Memandangkan siri RC memberikan kejayaan global besar buat KTM, pengeluar dari Austria itu dijangka jadi lebih konservatif dengan kemas kini yang mahu dilakukan. Namun, itu tetap tidak dapat mengetepikan beberapa perubahan signifikan dilakukan dari segi rekabentuk.

Model baharu itu tampil menggunakan lampu depan tunggal besar, menggantikan dua lampu LED kecil sebelumnya. Rekabentuk lampu pula mengikut gaya rekaan model KTM lebih besar sama ada jentera sedia ada atau terdahulu.

Fairing RC menampilkan rekabentuk menarik dengan 'dua kulit' yang mana skrin melapisi muncung fairing depan hingga ke atas untuk membentuk visor pelindung penunggang. Fairing sisi juga dikemas kini dengan gaya lebih ringkas dan elegan.

Agak sukar memperincikan foto intip ini, tetapi frem, swingarm dan suspensi nampak sama seperti model terdahulu, serta satu-satunya perubahan pada casis ialah brek depan. Cakera brek memiliki diameter besar walaupun agak tipis, dipasangkan pada rim sport dan disokong kaliper 4-piston.

BACA >>> Geng KTM Curi Motor Sejak 2013 Kantoi Sudah...
BACA >>> KTM Mahu Jual Dua Jentera MotoGP RC16 2019, Harga RM1.42 Juta

SUMBER: VisorDown

Related

678
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Foto Intip, KTM, KTM RC, sportbike, Spyshot

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev