SPORTBIKE buatan China, Moto S450RR (foto atas kiri) yang nampak seakan superbike BMW S1000RR (foto atas kanan) baru saja menjadi cerita hangat di Jerman.
Cerita tular mengenai S450RR nyata menarik perhatian BMW Motorrad yang memutuskan mahu menyiasat isu berkenaan mengikut undang-undang, menurut laporan Motorrad Online. Malah, pengeluar Jerman itu menegaskan yang pihaknya sememang memandang serius isu ciplak dan plagiat.
Semua sedia maklum, aktiviti ciplak dan plagiat model kenderaan asing di China bukan isu baharu, tetapi sudah jadi perkara biasa. Bukan hanya motosikal, banyak juga kereta mewah versi klon yang dijual di republik komunis itu.
BACA >>> Klon BMW S1000RR Buatan China Ini Cuma Berharga RM8k!
S450RR (foto atas kiri) dikatakan iras S1000RR (atas, kanan) dengan melihat struktur dan gari badan walaupun bahagian belakang nampak semacam gaya Kawasaki. Paling ketara adalah penggunaan skema tiga warna, biru-merah-putih dan grafik badan yang menguatkan lagi gaya seakan S1000RR.
Jika diteliti, lencana S45oRR kelihatan seperti kipas pesawat dengan kombinasi biru putih. Mungkin secara kebetulan?
S450RR sudah sedia ditawarkan kepada pelanggan di Thailand pada harga cuma 67,000 baht (RM8,888). Ada kemungkinan model itu tidak ditawarkan di Eropah kerana fokus jualan luar negara adalah untuk pasaran Asean.
BACA >>> Polis: 'Mazda Kembar' di Bangi Bukan Klon, Tapi Kereta Curi
SUMBER: MotorradOnline
Leave a Reply