• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bukan Kena Hempap Konkritlah...

Bukan Kena Hempap Konkritlah...

September 21, 2020 By Azizi H Leave a Comment

154
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DALAM insiden kelmarin, seorang wanita nyaris maut akibat ditimpa batu konkrit daripada struktur pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang terjatuh menghempap kereta dipandunya.

Mangsa, Wan Aqila Hanen Wan Maliki, 25, terpaksa dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk mendapatkan rawatan dan kini dilaporkan stabil.

Namun, tidak sampai 24 jam, tular pula satu lagi video yang mendakwa kononnya berlaku insiden sama membabitkan pemilik Proton Saga, malam semalam. Bagaimanapun, polis menafikan kes terbaharu itu berlaku di tempat sama.

BACA >>> Covid-19: Jumlah Kemalangan Seluruh Malaysia Menurun Sepanjang Tempoh PKP

kena-hempap-kren-1
kena-hempap-kren-2
kena-hempap-kren-3
Kereta saga dihempap

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, insiden jam 8.30 malam itu berlaku apabila kereta dipandu mangsa, P Sivalingam, 55, yang juga pemandu e-hailing, dirempuh kren hingga dihempap cangkuk kenderaan itu.

Beliau berkata;

Siasatan mendapati pemandu kereta itu membelok ke kiri untuk masuk ke Jalan Len Seng dari Cheras, lalu dirempuh sebuah kren dari belakang yang sedang bergerak di jalan sama.

"Akibat kemalangan itu, cangkuk kren itu menghempap bumbung kereta berkenaan. Pemandu yang tersepit dalam kereta dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba.

"Pemandu kren yang masih tidak membuat laporan polis dipercayai tidak memberhentikan kenderaannya dan bertindak meninggalkan kawasan kejadian."

Zulkefly berkata lagi, pemeriksaan lanjut tidak menemui sebarang serpihan objek lain dalam kereta, dan pemandu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Lokasi berlaku di simpang tiga ketika hujan lebat, dan kes akan disiasat mengikut Peraturan 3(2) B Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 1959 (Rule 3(2) BLN 166/59).

BACA >>> MP Kepong: Bendul Jalan Sengaja Dilebarkan untuk Elak Kemalangan

SUMBER : BeritaHarian

Related

154
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, Auto Terkini, tular

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev