• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Peugeot Rancang Perkenal Motosikal 300cc untuk Pasaran Asia

Peugeot Rancang Perkenal Motosikal 300cc untuk Pasaran Asia

September 21, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

316
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DI MALAYSIA, Peugeot lebih terkenal sebagai pengeluar kereta, tetapi jenama dari Perancis itu sebenarnya ada juga menghasilkan produk motosikal untuk pasaran Eropah yang mana segmen paling popular ialah skuter.

Terbaharu, Peugeot dilaporkan merancang mengeluarkan motosikal kelas 300cc. Pengeluar automotif India, Mahindra pada Oktober tahun lalu membeli divisyen motosikal Peugeot sebagai tambahan kepada jenama dua roda lain sedia ada, iaitu Jawa dan Royal Enfield.

BACA >>> Peugeot Django 125 ABS Edisi Terhad JDM, 200 Unit Sahaja

Mahindra mengumumkan rancangan memperkenalkan tujuh model motosikal baharu antara 2021 dan 2023.

Peugeot sebelum ini pernah mempamerkan dua model konsep P2X (foto atas) dalam bentuk roadster dan cafe racer pada Pameran Motosikal Antarabangsa (Intermot) 2018 dan Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019 dengan mendapat respons positif kalangan pengguna dan pemerhati permotoran.

Berdasarkan laporan semasa, model pertama akan dibina motosikal kapasiti kecil berasaskan model konsep P2X.

Portal automotif Itali, Motociclismo dalam temu bual dengan Presiden Pengedaran GAM, Mario Minella, yang terlibat dalam urusan edar dan import produk Peugeot Motorcycles ke Itali, berkata yang beliau mengharapkan akan ada sekurang-kurangnya satu model motosikal jenama itu diperkenalkan.

Malah Minella mengakui model konsep P2X yang ditayangkan pada Pameran Mondial de la Moto 2019 mendapat sambutan luar biasa.

Peugeot sebenarnya sudah membina platform motosikal 300cc. Platform sama juga boleh digunakan untuk membangunkan model kelas 125cc dan 500cc. Khabarnya, model 300cc itu akan menggunakan trenkuasa sama seperti Mahindra Mojo dan menjadikan Asia sebagai fokus pasaran.

Adakah Malaysia termasuk dalam senarai?

Mahindra Mojo (foto atas) menggunakan enjin silinder tunggal 294.72cc patuh BS6 berkuasa (25.7ps) dan tork 25.9Nm. Peugeot juga merancang memperkenalkan skuter GT dengan enjin 300cc hingga 400cc.

BACA >>> Peugeot 5008 (2020) Diperkenal dengan Rupa Depan Lebih Agresif, Penuh Seni!

GALERI

SUMBER: Motociclismo | GaadiWaadi

Related

316
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Mahindra, Mario Minella, Peugeot, Peugeot P2X, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my