• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dua Sahabat Maut, Dua Kritikal Terhidu Asap Kereta Bocor Ketika Tidur

Dua Sahabat Maut, Dua Kritikal Terhidu Asap Kereta Bocor Ketika Tidur

September 17, 2020 By Azizi H Leave a Comment

776
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUA sahabat ditemui maut dipercayai akibat lemas karbon monoksida di kawasan parkir stesen minyak Shell Sama Gagah di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, dekat Seberang Jaya, malam tadi.

Bapa salah seorang mangsa dilaporkan keluar mencari anaknya itu yang masih belum tiba di rumah pada jam 11 malam selepas kali terakhir mengirim mesej kepada ibunya jam 9.15 malam. Di stesen minyak, enjin kereta jenis Honda Odyssey dinaiki empat sahabat itu masih hidup, tetapi semua sudah tidak sedarkan diri.

BACA >>> Tip Elak Tertinggal Anak dalam Kereta, Campak Kasut ke Kerusi Belakang

Mangsa meninggal dunia dikenal pasti sebagai Sharifah Fariesha Syed Fathi dan anak kepada bapa itu, Ayuni Shazwanie Shabri, manakala dua lagi mangsa kritikal ialah pasangan kembar Nor Adilah Mohd Safwan and Nor Aqilah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisoner Shafee Abd Samad berkata, pihaknya menerima maklumat insiden itu pada jam 1.40 pagi daripada pegawai perubatan Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang dari Pulau Jerejak, Pulau Pinang ke rumah masing-masing di Sungai Petani dan Gurun, Kedah.

"Semakan yang dilakukan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kereta dinaiki keempat-empat mangsa masuk ke stesen minyak terbabit pada jam 8.30 malam." kata Shafee.

Salah seorang mangsa juga dirakamkan CCTV keluar membeli makanan di stesen minyak berkenaan sebelum masuk semula ke dalam kereta dan tidak lagi keluar ke mana-mana hingga ditemui bapa mangsa. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

BACA >>> Saintis Muda Ini Sahkan Tidur Dalam Kereta Memang Berisiko Maut

SUMBER : HMetro | HMetro

Related

776
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Lemas Karbon Monoksida, Tidur Dalam Kereta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev