• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Apakah Beza Empat Varian Proton X50?

Apakah Beza Empat Varian Proton X50?

September 16, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEHADIRAN Proton  X50 (2020) sudah lama dinantikan rakyat Malaysia. Walaupun belum dilancarkan secara rasmi, Proton sudah pun membuka tempahan model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu  bermula hari ini.

X50 ialah SUV kedua Proton selepas X70. Seperti mana abangnya itu, X50 menggunakan asas model Geely, iaitu Binyue atau nama globalnya Coolray.

Jika diperhatikan, penampilan X50 tidak jauh berbeza dengan Binyue, tetapi ada 406 komponen pada model Malaysia itu perlu direka baharu kerana memerlukan perubahan tetapan pemanduan kiri (LHD) ke kanan (RHD).

BACA >>> #Videotomotif: Apa Kata Abang Gan Selepas Tengok Proton X50?

2020 Proton X50 Turbo_PanduLaju3
2020 Proton X50 Turbo_PanduLaju2
2020 Proton X50 Turbo_PanduLaju4
2020 Proton X50 Turbo_PanduLaju7
2020 Proton X50 Turbo_PanduLaju1

Ada empat varian ditawarkan, iaitu:

  • 1.5T Standard
  • 1.5T Executive
  • 1.5T Premium
  • 1.5L TGDi Flagship

Enjin pula ada dua varian, iaitu:

  • 3-silinder 1.5T (148hp, 226Nm) - Standard, Executive dan Premium
  • 3-silinder 1.5 TGDi (175hp, 255Nm @ 1,500-4,000rpm) - Flagship

Enjin 1.5T ialah jenis turbo biasa dan belum pernah digunakan mana-mana model Geely di China atau negara lain. Ia dibina Geely khas buat Proton untuk digunakan pada X50. Enjin 1.5 TGDi pula menggunakan enjin sama seperti Binyue, iaitu trenkuasa turbo suntikan terus dengan output tinggi yang dibangunkan Volvo dan Geely. Enjin ini turut digunakan Volvo XC40 T3.

Semua varian X50 dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan dalam konfigurasi pacuan roda depan (FWD) sahaja, tiada versi pacuan semua roda (AWD) seperti X70.

Apakah perbezaan keempat-empat varian X50 ini? Di bawah ini kami perincikan berdasarkan slaid pembentangan didedahkan Proton:

1. PROTON X50 1.5T STANDARD

Ciri asas diberikan:

  • Enjin petrol 3-silinder 1.5L Turbo
  • Kuasa 150ps (148hp) dan tork 226Nm
  • Transmisi dual klac (DCT) 7-kelajuan
  • 4 beg udara SRS
  • Lampu depan LED penuh
  • Rim aloi 17 inci
  • Kerusi fabrik
  • Ventilator penyaman udara belakang
  • Unit infotainment dengan skrin 8 inci
  • Kamera undur
2. PROTON X50 1.5T EXECUTIVE

Naik taraf daripada varian Standarddengan tambahan:

  • 6 beg udara SRS
  • Stereng kulit
  • Lampu depan automatik
  • Lampu kabus depan
  • Kerusi kulit
3. PROTON X50 1.5T PREMIUM

Naik taraf daripada varian Executive dengan tambahan:

  • Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)
  • Rim aloi 18 inci
  • Kerusi pemandu elektrik
  • Unit infotainment dengan skrin sentuh 10.25 inci
  • Kamera 360º
4. PROTON X50 1.5 TGDi FLAGSHIP

Naik taraf daripada varian Premium dengan tambahan:

  • Enjin 3-silinder turbo suntikan terus 1.5L TGDi
  • Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) 2.0
  • Warna badan dwi-tona (bumbung dan pilar hitam)
  • Bumbung panoramik

BACA >>> Honda HR-V Kekal SUV Subkompak Paling Popular Malaysia

Related

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: Foto Proton X50, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Proton, Proton X50, Roda4, SUB Subkompak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev