SEBELUM INI PanduLaju ada menyiarkan artikel mengenai ketibaan model Avantiz ke pasaran tempatan. Semalam, model itu secara rasmi dilancarkan di negara ini dengan nama Yamaha Ego Avantiz.
Model automatik keluaran Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) itu dikatakan berada dalam liga berbeza berbanding barisan skuter Yamaha sedia ada. Malah, pihak HLYM menyasarkan segmen pelanggan berbeza dan mendakwa jentera itu bukan pengganti kepada Ego LC.
9 FAKTA MENARIK
- Yamaha Ego Avantiz dikuasakan enjin 125cc SOHC silinder tunggal, 4-lejang dan penyejukan udara yang meletakkan ia sebagai model asas kerana tidak menggunakan sistem penyejukan cecair, sama seperti Ego S yang lebih mahal.
- Seperti mana model Yamaha lain, Yamaha Ego Avantiz turut dilengkapi teknologi BLUECORE yang menjanjikan lebih pecutan kuasa dan penggunaan bahan api efisien.
- Di Indonesia, model ini dikenali sebagai Yamaha Soul GT menerusi slogan ‘Maju Dengan Gagah’.
- Yamaha juga menawarkan ciri teknologi baharu, iaitu lampu ‘ECO’ yang digabungkan dengan panel meter.
- Sistem kunci parkir baru diperkenalkan bagi mempertingkatkan ciri keselamatan.
- Harga jualan ialah RM5, 700 seunit (termasuk GST), bergantung kepada kelulusan pihak berwajib.
- Yamaha Ego Avantiz berada di pusat jualan Yamaha penghujung Ogos hadapan.
- Ada tiga warna menarik disediakan iaitu hitam, biru dan merah.
5 CIRI MENARIK
- Lampu depan LED boleh laras mengikut keperluan untuk pencahayaan lebih terang.
- Rekaan lampu belakang moden dan menawan untuk penglihatan lebih maksimum.
- Bar pemegang ergonomik dan mudah capai untuk penumpang belakang.
- Kapasiti ruang simpanan 14 liter di bawah pelana boleh memuatkan topi keledar jenis jet dan barangan peribadi.
- Rekaan ekzos bergaya dan agresif.
- Sistem brek cakera depan memberikan prestasi membrek lebih meyakinkan.
sham says
Yamaha ego avantiz must have a kick starter for standby if bateri weak or starter is spoil tq