MENONTON perlumbaan minggu lalu pasti ramai setuju Joan Mir (Suzuki Ecstar) beraksi luar biasa. Bermula petak kelapan, dia perlu berjuang mengejar pelumba kelompok atasan jika mahukan podium. Bukan perkara mudah apatah lagi perlu berdepan jentera Ducati ditunggang Jack Miller yang sukar dipintas.
Jadi apa dilakukan Mir adalah menggunakan kelebihan Suzuki di selekoh dan strategi itu nyata hasil. Selepas Alex Rins gagal memintas Valentino Rossi, Mir lebih berhati-hari dan tangkas. Akhirnya segalanya jadi kenyataan pada lap akhir yang menyaksikan pelumba veteran itu jatuh ke tangga keempat.
Bagaimanapun, Mir tetap memohon maaf kepada Rossi kerana menggagalkan hasrat pelumba Itali itu meraih podium ke-200 peribadinya.
BACA >>> #ApaNakBuat: Kenali Suis, Simbol dan Cara Betul Nyalakan Lampu Kabus Belakang
Maafkan aku Vale, inilah asam garam perlumbaan dan aku kuat kat akhir perlumbaan. Rossi layak naik podium, tapi kali ini tak boleh. Awalnya aku sedikit santai, pakai tayar medium buat aku rasa takut tapi aku cuba bersabar.
"Aku hilang beberapa posisi (selepas mula), kemudian aku mula dapat rentak dan pintas beberapa pelumba. Kemudian aku hadap pula masalah tayar baru tak stabil. Tapi masa tayar dah haus tu, aku jadi makin laju. Aku tengok meter, masa lap aku 1:32.
"Aku nak serang rider depan tapi dah letih. Rins kuat pada awal lumba. Tapi akhirnya aku lebih kuat daripada dia. Dia tak boleh pintas Rossi, aku tak tau sebab apa. Selepas pintas Rins, Rossi dah ada kat depan aku. Aku terus ikut rapat.
"Podium ini sangat istimewa. Harap aku boleh naik podium lagi sepanjang tahun ini walaupun aku tak dapat juara. Tapi kalau kami terus ada kat tahap ini, kami yakin kemenangan akan cepat datang."
Mir kini hanya berbeza 16 mata daripada juara keseluruhan, Andrea Dovizioso. Pengurus Suzuki Ecstar, Davide Brivio turut mengakui masalah dihadapi pelumbanya yang gagal meraih petak mula yang baik.
Kami optimis jentera bekerja baik, tapi hendak mula dari grid tiga bukan mudah. Ada banyak masa terbuang kat situ."
BACA >>> Suzuki Lancar GSX-R125, R150 (2020) MotoGP Sempena Aniversari ke-100
BACA >>> Misteri Pemandu Innova Cekap Parkir Tahap Super Akhirnya Terjawab
Leave a Reply