• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Sejukkan Kereta Dijemur Panas Tanpa Perlu Buka 'Aircon'

#TahukahAnda: Sejukkan Kereta Dijemur Panas Tanpa Perlu Buka 'Aircon'

July 22, 2016 By Han Othman 2 Comments

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

sejukkan-kereta-tanpa-ekon
BIASALAH, pemandu negara tropika memang tidak terlepas dengan situasi sejukkan kereta ketika cuaca panas. Kereta anda pasti bertukar seperti sebuah ketuhar, terutama jika diparkir di kawasan terbuka tanpa bumbung. Kita biasanya akan terus menghidupkan penyaman udara dan menguatkan penghembus (blower) hingga maksimum semata-mata untuk sejukkan kereta dengan cepat.

Tetapi, tahukah anda ada cara lain yang dapat sejukkan kereta dengan cepat? Apapun, sejuk di sini bukanlah bermaksud kabin anda bertukar dingin seperti penyaman udara dibuka, tetapi suhu panas dapat direndahkan segera. Jadi, penyaman udara anda boleh beroperasi seperti biasa tanpa perlu melaraskan tahap kelajuan penghembus.

Jom, cuba trik ini. Cuma ada 2 langkah perlu dilakukan:

i. Turunkan satu tingkap.
ii. Buka dan tutup satu pintu bersebelahan sebanyak lima atau enam kali, atau lebih.

Begini, jika turunkan tingkap di bahagian penumpang depan, anda mesti buka-tutup pintu bahagian pemandu sebanyak 5-6 kali atau lebih. Tidak perlu menghempaskan pintu, cuma buat aksi seperti mengipas sate. Fahamkan?

Cara ini membolehkan udara panas keluar menerusi pintu pemandu yang dibuka-tutup, manakala udara sejuk akan masuk mengikut tingkap penumpang depan yang diturunkan. Inilah cara sejukkan kereta dengan pantas. Ya, anda tidak perlu menguatkan penghembus penyaman udara.

Kalau masih juga tidak sejuk-sejuk, sila perhatikan keadaan sekeliling. Ada kemungkinan kereta anda sedang terbakar, atau di sebelah anda ada gunung berapi. Berhati-hatilah.

Related

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: cara sejukkan kereta dengan cepat, sejukkan kereta, sejukkan kereta ketika panas dengan cepat, tahukah anda, tip automobil

Comments

  1. peminat pandulaju says

    June 14, 2017 at 4:29 PM

    boleh tolong lukiskan tak macamana tu.. artikel saja tak jelas

    Reply
  2. Kebun says

    May 13, 2019 at 9:14 AM

    Terima kasih. Saya sudah cuba dan pintu saya perlu jumpa pomen selepas itu.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev