• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tiga Model Proton, Dua Model Perodua Raih Malaysia Good Design Award 2019

Tiga Model Proton, Dua Model Perodua Raih Malaysia Good Design Award 2019

September 15, 2020 By Azizi H Leave a Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIGA model Proton dan dua model Perodua meraih anugerah Malaysia Good Design Award (MGDA) 2019 anjuran Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) yang berlangsung di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor, hari ini.

Majlis dihadiri Timbalan Menteri, Kementerian Perdagangan dan Antarabangsa, Datuk Lim Ban Hong yang turut menyampaikan anugerah kepada 62 penerima yang mewakili pelbagai industri seluruh Malaysia.

Majlis Rekabentuk Malaysia Logo
Malaysia Good Design Award (MGDA) 2019

Dua pengeluar nasional itu bersaing di bawah kategori Kawasan Umum dan Kenderaan yang mana produk Proton diwakili Iriz, Saga dan Persona, manakala Perodua menerusi Aruz dan Axia.

1. PROTON IRIZ

Proton Iriz menampilkan rekabentuk sporty dan bergaya yang mensasarkan pembeli  daripada kalangan eksekutif muda. Garis krom pada bahagian depan Iriz mengetengahkan visual luas dan sporty, manakala rekabentuk sisi diperkemas.

Rekaan dalaman menumpukan kepada pengalaman pengguna dengan menambah baik beberapa ciri baharu tanpa mengabaikan elemen ergonomik.

2. PROTON SAGA

Pengiktirafan diberikan kepada Proton Saga kerana sedan ini menawarkan ciri pintar, praktikaliti dan keselamatan dalam satu pakej menarik, khas buat golongan muda. Menampilkan garis lekuk badan sederhana, permukaan jelas, dan penampilan dinamik yang diadun baik untuk menghasilkan identiti Proton baharu.

Ruang dalaman dan but direka untuk memenuhi cita rasa dan keperluan rakyat Malaysia yang digabungkan menjadi rekabentuk seimbang antara praktikaliti, nilai beli dan gaya.

3. PROTON PERSONA

Proton Persona mengetengahkan rekabentuk anggun dan estetik yang mensasarkan golongan famili dan eksekutif muda. Rekabentuk luaran menyerlahkan gaya kontemporari moden. Walaupun bersaiz kompak, tetapi sedan segmen-B ini masih mampu memuatkan lima penumpang dengan selesa, dan pada masa sama menawarkan nilai pembelian terbaik dalam segmennya.

4. PERODUA ARUZ

Perodua Aruz menampilkan rekabentuk depan agresif yang menyerlahkan fungsi SUV yang jelas. Rekabentuk keseluruhan tampil dengan permukaan bersih dan seimbang antara perkadaran dinamik dan ekspresi beremosi.

Ruang dalaman direka untuk keselesaan dengan sentuhan permukaan lembut dan pengalaman pemanduan praktikal. Cermin sisi pandang penuh mengurangkan masalah titik buta untuk keselamatan pemanduan.

5. PERODUA AXIA

Perodua Axia baharu menggabungkan gaya sporty dan agresif dalam karakter comel.  Anugerah diberikan kerana hatchback segmen-A ini kerana memberikan imej yang boleh dipercayai, aura popular, harga berpatutan dan fungsi dimiliki sebagai kenderaan komuniti. Butang sentuh praktikal dan mudah capai menunjukkan kepekaan pereka terhadap emosi pengguna.

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Lim Ban Hong, Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM), Malaysia Good Design Award (MGDA) 2019, MGDA 2019

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev