• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Royal Enfield Meteor 350 Akan Lancar di India Sebagai Easy Cruiser

Royal Enfield Meteor 350 Akan Lancar di India Sebagai Easy Cruiser

September 15, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

93
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ROYAL Enfield bersiap sedia melancarkan model pengganti Thunderbird, dinamakan Meteor 350 yang diposisikan dalam platform baharu J. Kehadiran model ini sudah kecoh diperkatakan media permotoran di India berikutan banyak maklumat yang bocor.

Maklumat paling terkini ialah spesifikasi dan perancangan pemasaran model itu. Meteor 350 akan ditawarkan dalam tiga varian, iaitu Fireball, Stellar dan Supernova. Setiap varian dibezakan dengan aspek kosmetik dan dilengkapkan sistem navigasi yang dibangunkan Royal Enfield sendiri, Tripper Navigation sebagai ciri standard.

Royal Enfield dijangka memasarkan Meteor 350 sebagai model easy cruiser kerana memiliki radius pusingan mudah, tukaran gear lancar, harga mampu milik dan enjin diperhalusi. Cruiser pula kerana posisi duduk ke belakang, peg kaki di depan, bar hendal tinggi dan pelana rendah.

Meteor 350 dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 349cc berkuasa 20.2hp @ 6,100rpm dan tork 27Nm @ 4,000rpm dengan transmisi klac manual 5-kelajuan. Bahagian roda dipasangkan dengan fork teleskopik 41mm dengan travel 130mm dan brek cakera tunggal 300mm, manakala roda belakang menggunakan dwi-absorber boleh laras 6-tetapan dengan brek cakera tunggal 270mm dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.

Varian aras mula Fireball ditawarkan dengan dua pilihan warna, kuning dan merah tanpa kemasan krom, manakala varian Stellar berwarna merah dan hitam metalik. Kemasan krom dapat dilihat pada bar hendal, penutup minyak, ekzos dan penyandar belakang dengan 3D.

BACA >>> Kawasaki Motors Malaysia (KMM) Beri Bayangan Suzuki Akan Muncul Semula

Varian paling premium, Supernova didatangkan dengan skema dwi-tona biru-hitam atau coklat-hitam,, kemas kini penutup pelana, visor dan indikator krom.

Ciri lain hampir sama seperti kluster instrumen semi-digital, unit navigasi TFT dan konektiviti telefon pintar. Meteor 350 juga model pertama Royal Enfield dilengkapi ciri tersebut.  Kluster instrumen terdiri daripada 8 indikator LED dan skrin LCD dengan paparan odometer, jam, pengingat servis dan lain-lain.

Meteor 350 ditawarkan lampu utama halogen bulat dengan LED bentuk cincin, juga ciri sama yang dapat dilihat pada lampu belakang. Model ini dijadualkan dilancarkan di India pada 22 September ini.

BACA >>> Royal Enfield Classic 500 dengan Platform Baharu Bakal Lancar 2021
BACA >>> Ujian Top Speed Honda CBR250RR (2020), Mampukah Saingi Kawasaki Ninja ZX-25R?

SUMBER: Rushlane

Related

93
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Easy Cruiser, India, Kruiser, roda2, Royal Enfield, Royal Enfield Meteor 350

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev