• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Siapa Cakap Dovizioso Masuk Petronas SRT?

Siapa Cakap Dovizioso Masuk Petronas SRT?

September 10, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

54
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

 


BOS Petronas Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali menjelaskan pasukannya tidak akan mengambil Andrea Dovizioso bagi musim 2021, sekali gus mengetepikan spekulasi mengenai masa depan Valentino Rossi.

Terdahulu, padok MotoGP kecoh dengan khabar angin yang Razlan sedang menimbangkan membawa masuk Dovizioso sebagai pengganti Fabio Quartararo untuk saingan MotoGP 2021. Bagaimanapun penantian masih berlanjutan dan masih tiada pengesahan rasmi mengenai status Rossi ke pasukan satelit itu.

Desas-desus baru-baru ini mendakwa kelewatan itu tidak hanya disebabkan banyak dokumen diperlukan bagi mengikat Rossi, Yamaha dan Petronas, tetapi kerana pelumba veteran itu masih belum memutuskan untuk bersara. Inilah punca timbul teori tentang Dovizioso yang sudah mengumumkan akan meninggalkan Ducati akhir tahun ini dan sedang dalam rundingan untuk berlumba bersama Franco Morbidelli (Petronas SRT) tahun depan.

Bagaimanapun berdasarkan status Facebook Razlan, walaupun tidak menyebut Rossi, tetapi ia seperti menjelaskan status mengenai Dovizioso.

Rossi sebelum ini menyatakan 99 peratus yakin akan menunggang bersama Petronas tahun depan. Kesepakatan itu bermaksud juara dunia sembilan kali itu akan mengikat kontrak dengan Yamaha, tetapi ditempatkan dalam pasukan satelit Petronas.

Jadi, kontrak tiga hala perlu disepakati di Jepun, Itali dan Malaysia. Pengarah Urusan Yamaha Racing, Lin Jarvis dikatakan sebagai punca kelewatan kerana masih belum jelas bilangan anggota pasukan Rossi yang akan bergerak bersamanya ke Petronas.

Satus terkini Rossi itu pasti akan diajukan pihak media pada  pusingan perlumbaan akan datang di Misano, yang dimulakan dengan sidang media pada Khamis.  Sementara itu, pengurus Dovizioso, Simone Battistella memberitahu bahawa pada masa ini belum ada berita lebih lanjut mengenai rancangan pelumba Itali itu untuk musim 2021.

BACA >>> Inilah 5 Pilihan yang Rossi Ada Jika Yamaha Tidak Sambung Kontrak MotoGP
BACA >>> Razlan Nafi Rossi ke Petronas, Masih Runding Sebab Dia Bukan Biasa-Biasa

SUMBER: Crash.net

Related

54
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Andrea Dovizioso, Auto Terkini, MotoGP 2021, Petronas SRT, Petronas Yamaha SRT, Razlan Razali, Valentino Rossi, VR46

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my