• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Accord, Sedan Segmen-D Nombor Satu Malaysia!

Honda Accord, Sedan Segmen-D Nombor Satu Malaysia!

September 13, 2020 By Azizi H Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Accord
generasi ke-10 mencatatkan jualan memberangsangkan, iaitu sebanyak 920 unit sejak dilancarkan Februari lalu dengan varian paling popular 1.5L VTEC Tubochargerd Premium (TC-P) yang menyumbang 78 peratus tempahan.

Accord juga kekal sebagai sedan segmen-D paling popular di Malaysia yang mencatatkan jualan 40 peratuss daripada jumlah keseluruhan segmen tersebut dengan warna paling banyak dipilih ialah Platinum White Pearl.

BACA >>> Honda Accord (2020) Lancar! 10 Perkara Perlu Anda Tahu, Harga Mula RM186k

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata,  Accord diperkenalkan untuk merancakkan pasaran segmen-D yang menggabungkan rekabentuk elegan dengan enjin 1.5L VTEC Turbo dan ciri bantuan pemandu Honda Sensing.

Sejak dilancarkan, jualan model perdana Honda itu meningkat perlahan-lahan sebelum melonjak tinggi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan inisiatif Kerajaan melancarkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang mengecualikan cukai jualan.

Accord (2020) menampilkan rekabentuk revolusionari menerusi gaya fastback tanpa mengetepikan DNA sedan. Rupa luaran didatangkan dengan unit lampu depan LED cukup bergaya, dan lampu belakang gaya premium. Model baharu ini juga lebih lebar dengan bonet rendah dengan garis bumbung panjang dan rendah untuk memberikan rupa lebih dinamik. Menambahkan ciri premium ialah ekzos kembar krom dan rim aloi 18 inci dengan Resonator.

Trenkuasa model dari Jepun ini dijana enjin 1.5L VTEC Turbo berkuasa 199hp dan tork 260Nm yang menurut Honda lebih berkuasa berbanding prestasi enjin 2.4L. Enjin baharu ini memberikan agihan kuasa lebih efisien dan penjimatan bahan api ditambah baik.

Teknologi Honda Sensing diperkenalkan menawarkan ciri seperti Sistem Bantuan Parkir Pintar (SPAS) dengan Bantuan Brek (BA), Sistem Kamera Multipandang (kamera 360º), dan Honda Lane Watch (HLW) untuk keselamatan dan keselesaan pemandu.

Honda Malaysia yakin Accord (2020) mampu memberikan keseronokan pemanduan sebenar menerusi prestasi dinamik, rekabentuk elegan dan ciri termaju.

BACA >>> Honda City RS Ada Honda Sensing? Apa Anda Perlu Tahu Tentang Teknologi ini?

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Honda, Honda Accord, Honda Malaysia, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev