• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Suzuki Jimny 2-Kerusi Kini di Eropah Sebagai Kenderaan Komersial

Suzuki Jimny 2-Kerusi Kini di Eropah Sebagai Kenderaan Komersial

September 9, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

205
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI Jimny memang ada daya tarikan tersendiri sebagai jip untuk pemanduan lasak yang didatangkan dalam pakej kompak dan juga sesuai dijadikan kenderaan gaya hidup.

Terbaharu Suzuki Eropah memperkenalkan Jimny versi kenderaan komersial ringan 2-kerusi untuk pasaran rantau itu, yang juga dikatakan sebagai pengakhiran kepada model versi penumpang.

Pengenalan terbaharu ini menandakan Jimny akan dijual sebagai kenderaan komersial dan bukan model penumpang lagi seperti sebelum ini. Status itu juga meletakkan Jimny di bawah kategori pematuhan emisi CO2 Eropah yang berbeza berbanding piawaian ketat kenderaan penumpang mengikut regulasi Kesatuan Eropah (EU).

BACA >>> Daihatsu Siapkan Produk Lawan Jimny Disember 2021

Tanpa kerusi belakang, Jimny komersial ini mampu memuatkan lebih banyak muatan dengan ciri lantai rata. Kapasiti muatan kini seluas 863 liter, meningkat 33 liter berbanding model penumpang apabila kerusi dilipat. Supaya muatan tidak tergelincir ke depan, Suzuki menyediakan petak khas yang berfungsi sebagai pelindung keselamatan.

Jimny komersial ini turut dilengkapkan teknologi keselamatan yang sama seperti model penumpang, iaitu Dwi-Sensor Sokongan Brek (DSBS) yang membolehkan jip ini membrek automatik untuk mengelak pelanggaran, termasuk dibekalkan ciri henti pegun (hill hold) di permukaan jalan cerun dan kawalan menuruni bukit. Sistem eCall pula ditambah dengan fungsi panggilan kecemasan apabila berlaku pelanggaran.

Dari segi teknikal, Jimny dilengkapi enjin petrol 1.5L petrol VVT (K15B) dengan transmisi manual 5-kelajuan dan pacuan ALLGRIP PRO, sistem semi-pacuan empat roda (4WD) dengan gear agihan julat rendah (low range transfer gear). Trenkuasa digunakan mampu menghasilkan output kuasa 100hp (75kW) @ 6,000 rpm dengan tork 130Nm @ 4,000rpm.

Bagaimanapun, sebagai kenderaan komersial, kelajuan maksimum jip ini dihadkan kepada 145kmj, tetapi boleh dikatakan sudah memadai untuk kenderaan berkotak seperti Jimny. Penggunaan trenkuasa itu juga bermakna tiada Jimny versi hibrid atau hibrid ringan (mild hybrid) seperti digunakan model Suzuki lain di Eropah.

BACA >>> Tidak Lepas Emisi Eropah Punca Suzuki Jimny Dijual dalam Unit Terhad di UK
BACA >>> Foto Rasmi Suzuki Jimny (2019) Didedahkan Menjelang Pelancaran Rasmi Oktober Ini

Suzuki Jimny 2-Kerusi
Suzuki Jimny Light Commercial Vehicle.01
Suzuki Jimny Light Commercial Vehicle.02
Suzuki Jimny Light Commercial Vehicle.03
Suzuki Jimny 4-Kerusi
Suzuki Jimny (2019)2
suzuki-jimny-uk-2019-7
Suzuki Jimny (2019)7

Related

205
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Dwi-Sensor Sokongan Brek (DSBS), Jip, Kenderaan Pacuan Empat Roda (4WD), Roda4, Suzuki, Suzuki Jimny

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev