• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kempen 'Love Local': Belanja Minimum RM30 di Stesen PETRONAS, Dapat Baucar Spesial

Kempen 'Love Local': Belanja Minimum RM30 di Stesen PETRONAS, Dapat Baucar Spesial

September 24, 2020 By Azizi H Leave a Comment

204
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) melancarkan kempen 'Love Local' bertujuan meningkatkan kesedaran ramai mengenai produk Malaysia berkualiti tinggi dan setaraf jenama antarabangsa.

Usaha ini juga diharapkan membantu memulihkan ekonomi negara yang terjejas akibat wabak Covid-19 selain memupuk rasa bangga menggunakan produk tempatan .

 

View this post on Instagram

 

Hai semua! Kempen ‘Love Local’ yang baru dilancarkan pada 8 September 2020 bertujuan untuk meningkatkan kesedaran ramai tentang kualiti produk tempatan yang kini sudah setanding dengan jenama antarabangsa! Usaha yang digerakkan bersama-sama ini adalah untuk menyemai rasa bangga di kalangan rakyat Malaysia terhadap bakat tempatan, di samping memperkasakan mereka dalam sama-sama memulihkan ekonomi Malaysia yang terjejas akibat wabak COVID-19. Ayuh kita sokong produk tempatan! Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari bit.ly/LoveLocalSupportLocal #LoveLocal #SupportLocal #KitaAdaKita

A post shared by PETRONAS Brands (@petronasbrands) on Sep 7, 2020 at 9:11pm PDT


Antara inisiatif dilaksanakan PDB ialah tawaran diskaun istimewa bagi setiap pembelian produk makanan dan minuman tempatan terpilih di Kedai Mesra bermula sekarang hingga Februari 2021.

Baucar diskaun istimewa juga diberikan untuk setiap perbelanjaan lebih RM30 sama ada dalam bentuk isian petrol atau barangan di Kedai Mesra.

Kempen 'Love Local' anjuran PDB ini dirasmikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi (foto atas tengah) yang turut dihadiri Naib Presiden Pemasaran PETRONAS, Ahmad Adly Alias (dua dari kanan).

Menurut Alexender, kempen ini bertujuan memperkasakan peniaga tempatan, terutama ketika berdepan cabaran sukar berikutan krisis Covid-19.

"Covid-19 memberi impak kepada perniagaan tempatan dan menjadi harapan kami supaya kempen ini dapat mengajak rakyat Malaysia sama-sama berganding bahu." katanya.

Ahmad Adly pula turut berkongsi sentimen sama dengan usaha Kerajaan, terutama atas pencapaian PETRONAS dalam memanfaatkan keupayaan dan sumber daya tempatan.

"Rangkaian produk kami, terdiri daripada Primax 95 dengan Pro-Drive yang diformulasikan secara tempatan, menjadi pilihan utama kalangan rakyat Malaysia.

"Melalui platform ini, kami harap bukan saja dapat meningkatkan kehadiran jenama produk tempatan, tetapi turut dapat lihat lebih banyak lagi kemunculan perniagaan tempatan baharu di kedai kami," katanya.

Maklumat lebih lanjut mengenai kempen 'Love Local' boleh layari www.mymesra.com.my.

petronas-love-local-1
petronas-love-local-2
petronas-love-local-3
petronas-love-local-4
petronas-love-local-5

Related

204
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ahmad Adly Alias, Auto Terkini, Datuk Alexander Nanta Linggi, Kempen PETRONAS, Petronas, Petronas Dagangan Berhad (PDB), PETRONAS Love Local, Stesen PETRONAS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
    #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev