PERODUA Bezza! Model sedan pertama Perodua yang dinanti-nanti rakyat Malaysia akhirnya tiba. Selepas menempuhi pelbagai halangan dan dugaan berikutan beberapa gambar bocor di laman sosial, Perodua Bezza secara rasminya diperkenalkan sebentar tadi dengan harga jualan bermula RM37,300 hingga RM50,800
Perodua Bezza atau sebelum ini dikenali sebagai Perodua Sedan ditawarkan dalam lima varian berbeza dengan dua pilihan enjin iaitu 1.0L dan 1.3L. Bagi anda yang dalam perancangan mahu membeli Perodua Bezza, PanduLaju sediakan 12 fakta penting yang anda perlu tahu mengenai model kompak sedan Perodua ini.
1. HARGA KOMPETITIF
2. DUA PILIHAN ENJIN
- Perodua Bezza 1.0L - 1KR-VE dengan VVT-i; 67hp (6,000rpm); 91Nm (4,400rpm)
- Perodua Bezza 1.3L - 1NR-VE dengan Dual VVT-i; 94hp (4,400rpm); 121Nm (4,000rpm).
3. TAMPIL 5 VARIAN
Perodua Bezza menampilkan lima varian berbeza:
- Standard G 1.0L (MT)
- Standard G 1.0L (AT)
- Premium X 1.3L (MT)
- Premium X 1.3L (AT)
- Advance 1.3L (AT).
Pastinya berita lega buat penggemar gear manual. Cuma transmisi manual tiada pada varian Advance. Alah, kedai aksesorikan banyak.
4. CIRI KESELAMATAN TERMAJU
Semua varian Bezza dilengkapi:
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
- Agihan Brek Elektronik( EBD)
- Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) - Advance sahaja.
Nampaknya, pemanduan Bezza pasti jadi lebih meyakinkan, terutama di selekoh atau ketika berdepan situasi mencemaskan.
5. SISTEM MULA-HENTI
Buat pertama kali Perodua Bezza memperkenalkan sistem mula-henti (Eco Idle) pada varian Advance yang menyamai teknologi i-Stop digunakan Mazda2.
Sistem mula-henti berfungsi mematikan dan menghidupkan enjin pembakaran dalaman secara automatik bagi mengurangkan masa enjin melahu.
Bersama ciri mirip kenderaan hibrid, Bezza amat berguna ketika berdepan situasi kesesakan teruk. Kesimpulannya, Bezza menawarkan penggunaan bahan api ekonomi. Malah, juga mesra alam.
6. TEKNOLOGI TERKINI
Pembeli Bezza Premium X dan Advance dibekalkan:
- Filem pelindung keselamatan dan solar
- Akses pintar
- Punat mula-henti
- Port USB untuk slot telefon bimbit di konsol belakang
- Punat kawalan jauh untuk buka but.
Ciri audio pula:
- Standard bersama sambungan USB (semua varian)
- Tambahan fungsi wayarles, Bluetooth (Premium X)
- Sistem multimedia dengan navigasi dan ‘Smart Link’ berserta kamera undur (Advance)
Tidak syak lagi Bezza dibekalkan ciri teknologi terkini yang juga ada pada model-model masa kini.
7. RATING 5-BINTANG ASEAN NCAP
Bagi versi Advance, Perodua Bezza menerima penarafan keselamatan 5-bintang yang diperoleh dalam ujian perlanggaran ASEAN NCAP. Jadi, pandulah tanpa was-was dan jangan stres, tetapi mesti berhati-hati di jalan raya.
8. WARANTI 5 TAHUN
Sama seperti model Perodua sedia ada, Bezza turut ditawarkan waranti selama LIMA TAHUN atau 150,000KM PERBATUAN. Lenjan betul-betul ok!
9. PRAKTIKALITI
Konfigurasi tempat duduk belakang Bezza boleh dilipat secara 60:40 untuk mendapatkan lebih ruang muatan. Jika anda kaki shopping di kedai perabot IKEA, Bezza mungkin boleh dibawa masuk dalam senarai.
10. OPSYEN 6 WARNA MENARIK
- Sugar Brown (coklat)
- Ocean Blue (biru) - 1.3L saja
- Lava Red (merah)
- Ebony Black (hitam)
- Glittering Silver (perak)
- Solid Ivory White (putih)
11. PAKEJ GEAR UP
Buat anda yang mahukan rupa lebih sporty dan mengancam, Perodua menawarkan empat pakej Gear Up khas buat kaki tak boleh tengok barang standard. Jenis pakej boleh rujuk jadual di bawah:
12. TIADA TEMPOH MENUNGGU
Selepas lima hari tempahan dibuka, Perodua Bezza menerima 4,028 unit tempahan. Menurut Perodua, tiada tempoh menunggu bagi model Bezza buat masa ini.
Jadi, anda boleh dapatkan Bezza tanpa menunggu tempoh masa lama. Hah, tunggu apa lagi. Sila datang ke bilik pameran Perodua, cepat!
Belang Tarung says
terbaiklah memang tangkap cintan ngan bezza sudah
Sarah says
Tiada tempoh menunggu? Contact service center katanya perodua premium x tempoh menunggu selama 3bulan.
Perodua Car Lovers says
Terima kasih atas info yang berguna.
Mohon izin untuk share di page saya tuan.
Puvan says
Bezza advance dah tunggu dekat 3 bulan
Lan pon nak expired selepas 3 bulan,lepas itu kena renew loan.
Menyusakan