• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 'Black Panther' Ditawarkan Kerja Tetap, Dapat Wang Tunai dan Sijil Penghargaan

'Black Panther' Ditawarkan Kerja Tetap, Dapat Wang Tunai dan Sijil Penghargaan

September 7, 2020 By Azizi H 1 Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AKSI berani penguat kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menyelamatkan mangsa ragut dan memberkas suspek penjenayah mendapat pengiktirafan Kerajaan Negeri.

Shazrin Hafeez Fadzlan, 26, menerima wang tunai RM1,000 berserta sijil penghargaan dan tawaran jawatan tetap sebagai Pembantu Kesihatan Awam U19 di MBJB yang disampaikan sendiri Menteri Besar Johor, Datuk Haji Hasni Mohammad dalam rangka lawatan ke pejabat baharu MBJB, hari ini.

BACA >>> 'Black Panther' Selamatkan Mangsa Ragut Dapat Hadiah Jam

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Yang Berhormat Haji Ayub Jamil dan Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Haji Adib Azhari Daud.

Dalam rakaman video yang tular di media sosial, tindakan pantas Shazrin dan orang awam berjaya menahan suspek peragut dalam insiden yang berlaku jam 12.45 tengah hari di Taman Mount Austin pada 1 September lalu.

Berdasarkan rakaman kamera litar litar tertutup (CCTV), seorang wanita berusia 30 tahun menjerit meminta tolong selepas diragut penjenayah bermotosikal ketika sedang melintas jalan di Taman Mount Austin.

Shazrin yang ternampak insiden itu pantas berlari laju, melompat dan melepaskan tendangan 'flying kick' yang menumpaskan suspek sebelum dibantu orang awam lain.

BACA >>> Peragut Kena 'Flying Kick' Suspek Boleh Kena Jel Hingga 20 Tahun, Denda dan Sebat

SUMBER : MakmurJohor

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Haji Hasni Mohammad, MBJB, Penguat Kuasa MBJB Berkas Peragut, Peragut Kena Berkas, Shazrin Hafeez Fadzlan, tular, Viral

Comments

  1. Shar says

    September 7, 2020 at 6:28 PM

    one in a million. You have done it Bro

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev