• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Volvo Lawan Arus Tak Mabuk, Tapi Ambil Dadah

Pemandu Volvo Lawan Arus Tak Mabuk, Tapi Ambil Dadah

September 7, 2020 By Azizi H Leave a Comment

310
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMANDU Volvo disahkan positif dadah dalam insiden memandu melawan arus dan melanggar sebuah Perodua Myvi di Jalan Kelang Lama pada 4 September (Jumaat) lalu.

Berdasarkan video berdurasi 1:15 minit yang tular di media sosial itu, suspek yang memandu Volvo jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) didapati melawan arus sebelum melanggar Myvi dipandu mangsa wanita. Orang ramai yang berada di lokasi kejadian menyuruh suspek berhenti dan meminta mangsa keluar dari keretanya.

Suspek juga asalnya dikatakan mabuk kerana perakam mendakwa terhidu bau arak kuat dari keretanya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, suspek berusia 35 tahun dan ditahan selepas hadir ke Balai Polis Trafik Jalan Bandar.

Menurutnya, polis turut menjalankan siasatan dan menghubungi kedua-dua pemandu supaya hadir memberikan keterangan. Kedua-dua individu hadir dan ujian saringan air kencing ke atas pemandu Volvo mendapati lelaki itu positif dadah.

Kes akan disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA >>> Minimum Penjara 10 Tahun, Denda RM50k untuk Pemandu Mabuk Sebab Kematian
BACA >>> Penunggang Basikal Mabuk Pun Boleh Kena Hukum di Vietnam

SUMBER : HMetro

Related

310
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akta Dadah Berbahaya 1952, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, Auto Terkini, memandu lawan arus, Pemandu Volvo Positif Dadah, Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Volvo Langgar Myvi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev