• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / YZF-R3 (2020) Perkenal Warna Baharu 'Electric Teal' untuk Pembeli Amerika

YZF-R3 (2020) Perkenal Warna Baharu 'Electric Teal' untuk Pembeli Amerika

September 8, 2020 By Brader Shawn 1 Comment

986
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Amerika Utara memperkenalkan seragam baharu untuk sportbike YZF-R3 (2021), dinamakan Electric Teal yang dikatakan  akan menggantikan warna Matt Silver (perak) dalam barisan produk R3 (2020).

Selain itu, dua warna terdahulu, iaitu biru dan hitam masih dikekalkan untuk model 2021, termasuk meneruskan edisi Monster Energy Yamaha MotoGP.

BACA >>> Yamaha Japan Perkenal Warna Baharu untuk YZF-R25, R3 (2020)

Warna baharu, Electric Teal nampak seperti skema warna biru dan hijau metalik yang menghiasi bahagian fairing depan, sisi dan bawah badan, termasuk fender, tangki minyak dan panel sisi belakang.

Bahagian tengah kekal dengan warna hitamm manakala dekal R3 besar tersergam fairing sisi. Paling menonjol ialah kemasan rim dalam warna Vermilion, iaitu jingga terang. Nampaknya, Yamaha sudah berani menggunakan kemasan warna terang seperti diperkenalkan pada model siri MT sebelum ini.

Skema warna badan dan rim Electric Teal turut mengimbau memori seragam model dua lejang klasik, Honda NSR 150 yang pernah bersaing dengan Yamaha TZM suatu masa lalu. Sebenarnya, warna jingga terang ini bukan gaya baharu di Amerika Utara.  Ini kerana Yamaha pernah melancarkan R6 (2020) dengan warna sama yang tidak pernah diperkenalkan di Jepun sendiri.

R3 (2021) biru dan Electric Teal sudah boleh dibeli bermula November tahun ini, manakala warna hitam hanya mula dijual Disember nanti. Harga semua pilihan warna sportbike edisi 2021 ialah AS$5,299 (RM21,990).

BACA >>> TERKINI!!! Honda CBR250RR (2020) Sah Lancar di Malaysia Hujung Tahun Ini!

Berikut spesifikasi R3 (2021):

  • ENJIN: 4-lejang dwi-silinder sebaris 321cc, suntikan bahan api terus (FI)
  • GEREK x LEJANG: 68.0mm x 44.1mm
  • NISBAH MAMPATAN: 11.2:1
  • TRANSMISI: Manual 6-kelajuan
  • JENIS PACUAN: Rantai
  • SISTEM SUSPENSI: Depan - Fork terbalik (USD); Belakang - Monoshock boleh laras
  • SISTEM BREK: Depan - Cakera 298mm dengan ABS; Belakang - Cakera 220mm dengan ABS
GALERI

SUMBER: Young-Machine| Yamaha Amerika Utara

Related

986
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, roda2, sportbike, Yamaha, Yamaha Amerika Utara, Yamaha North America, Yamaha YZF - R3

Comments

  1. Jan says

    September 10, 2020 at 12:48 PM

    lain macm, meriah sgt warna nya haha

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev