• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mazda6 Diesel (2016) Kini Di Malaysia - Harga RM202k

Mazda6 Diesel (2016) Kini Di Malaysia - Harga RM202k

July 21, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

327
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Mazda6 DieselSELAIN Mazda CX-5 diesel, Bermaz Motor turut membawa masuk Mazda6 diesel dalam usaha menawarkan lebih banyak pilihan buat peminatnya.

Cuma harga ditawarkan sedikit tinggi jika dibandingkan dengan Mazda6 versi petrol (pandangan peribadi PanduLaju).

HARGA MAZDA6 DIESEL

  • Mazda6 2.2L SKYACTIV-D - RM202,830.30 (atas jalan tidak termasuk insurans)

4 WARNA PILIHAN

  • Soul Red Metallic
  • Snowflake White Pearl
  • Meteor Grey
  • Sonic Silver Metallic.

Mazda6 DieselENJIN SAMA SEPERTI MAZDA CX-5 DIESEL

Sama seperti CX-5, Mazda6 diesel turut dipadankan dengan enjin SKYACTIV-D. Ya, ia menggunakan enjin sama seperti Mazda CX-5 diesel.

Model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun itu dipadankan dengan enjin SKYACTIV-D bersesaran 2.2L. Biarpun hanya dipadankan dengan enjin 2.2L, namun kuasa dihasilkan setaraf sama seperti enjin petrol bersesaran 4.0L V8.

Hasil bantuan kotak gear SKYACTIV-D automatik 6-kelajuan, Mazda CX-5 diesel mampu menghasilkan 173hp pada 4,500rpm dan tork puncak 420Nm (2,000rpm). Dari aspek penggunaan bahan api, Mazda6 diesel mencatatkan penggunaan 4.7L per 100km.

Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel

REKAAN KEKAL

Rekaan kekal yang dimaksudkan adalah sama seperti versi petrol. Tiada sebarang perubahan kosmetik pada Mazda6 diesel.

JAMINAN

Sama seperti model Mazda lain, Mazda6 diesel didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun atau 100,000km perbatuan. Harus ingat, Mazda6 versi diesel ini hanya sesuai menggunakan bahan api diesel Euro 5M. Sekiranya didapati menggunakan bahan api Euro 2M dengan kerap, secara automatik waranti akan terbatal (selepas siasatan).

BACA>>> 6 Perkara Perlu Anda Tahu Mengenai Mazda CX-5 Diesel (2016)

Mazda6 DieselCIRI KESELAMATAN

Sedia maklum, Mazda6 diesel menerima pengiktirafan 5-bintang daripada Euro NCAP. Antara ciri-ciri keselamatan disematkan pada Mazda6 diesel adalah;

  • 6 beg udara
  • Smart City Brake Support (SCBS)
  • Blind Spot Monitoring (BSM)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Bantuan Brek Kecemasan (EBA)
  • Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)

RANCANG BAWA MASUK MAZDA2 & CX-3 DIESEL

Buat masa ini, Bermaz Motor hanya membawa masuk dua model versi diesel iaitu Mazda6 dan CX-5. Bagaimanapun, dua lagi model iaitu Mazda2 dan CX-3 turut dalam perancangan untuk dibawa masuk ke pasaran Malaysia.

Menurut Bermaz Motor, pihaknya masih lagi sedang menguji kedua-dua model itu dan akan diperkenalkan sekiranya menerima penerimaan hangat daripada rakyat Malaysia.

Apa yang PanduLaju harapkan, harga jualan tidaklah terlalu mahal.

GALERI

Mazda Diesel Media Drive_Pandulajudotcomdotmy (16)
Mazda Diesel Media Drive_Pandulajudotcomdotmy (1)
Mazda Diesel Media Drive_Pandulajudotcomdotmy (4)
Mazda Diesel Media Drive_Pandulajudotcomdotmy (5)
Mazda Diesel Media Drive_Pandulajudotcomdotmy (10)
Mazda Diesel Media Drive_Pandulajudotcomdotmy (14)
Mazda Diesel Media Drive_Pandulajudotcomdotmy (25)
Mazda Diesel Media Drive_Pandulajudotcomdotmy (26)
Mazda Diesel Media Drive_Pandulajudotcomdotmy (27)
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel 2016_Pandulajudotcomdotmy (27)
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel

Related

327
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: bermaz Motor, Mazda CX-5 Diesel, Mazda Malaysia, Mazda6, Mazda6 Diesel

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev