SIAPA sangka aktiviti rempit hari ini sudah semakin maju. Bukan saja lelaki, malah wanita pun sudah berani terlibat dalam perlumbaan haram.
Buktinya, tiga wanita yang menunggang motosikal jenis Yamaha RX-Z ditahan polis kerana berlumba haram di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Sabtu lalu dalam operasi dijalankan jam 11 malam hari tersebut.
Ketiga-tiga suspek berusia antara 21 tahun hingga 32 tahun, dan bekerja pekerja operator kilang dan peniaga. Masing-masing ditahan kerana menunggang secara melulu dan berbahaya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek disyaki berlumba dari Plaza Tol Bagan Ajam ke arah jejambat Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) sebelum berpatah balik ke plaza tol arah Sungai Dua.
Bagaimanapun, tiga suspek bebas daripada pengaruh dadah selepas menjalani ujian saringan air kencing. Mereka kini direman polis dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
SUMBER : SinarHarian
Leave a Reply