• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Abarth 595 Monster Energy Yamaha - Hatchback Edisi Terhad 2,000 Unit Sahaja, RM118k

Abarth 595 Monster Energy Yamaha - Hatchback Edisi Terhad 2,000 Unit Sahaja, RM118k

September 7, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

186
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA dan pengeluar kereta Itali, Abarth sekali lagi berkolaborasi dalam projek kerjasama ketiga dengan memperkenalkan hatchback Abarth 595 Monster Energy Yamaha yang dihasilkan 2,000 unit sahaja sempena meraikan kerjasama dua jenama itu sejak 2015.

Aspek luaran model ini jelas mengambil ilham seragam jentera pasukan Yamaha MotoGP, YZR-M1 menerusi warna istimewa dwi tona, biru dan hitam. Kereta ini juga boleh diwarnakan hitam sepenuhnya mengikut permintaan pembeli.

BACA >>> Yamaha Mahu Cipta Motosikal Tidak Boleh Terbalik

Skema warna dihiasi dekal logo Yamaha di bawah pintu dan logo Monster Energy Yamaha MotoGP dan nombor 595 di sisi badan. Juga ada grafik 'cakaran gergasi' (monster claw) di atas bonet.

BACA >>> #RetroAuto: Ramai Tidak Tahu Toyota-Yamaha Pernah Bekerjasama Jual Trak Pikap

Ruang kabin Abarth 595 Monster Energy Yamaha menggunakan kerusi sport biru dengan logo Monster Energy Yamaha pada perehat kepala. Papan pemuka berwarna hitam dengan sulaman benang biru.

Bahagian konsol gear yang memisahkan kompartmen  pemandu dan penumpang tertera plat aluminium yang memaparkan nombor siri kereta 595 Monster Energy Yamaha.

Abarth 595 Monster Energy Yamaha dijana enjin 1.4 T-jet dengan homologasi Euro6D TEMP dan dipadankan transmisi manual. Namun, boleh juga dimuatkan transmisi sekuensial robotik Abarth dengan pedal syif mengikut permintaan. Enjin ini mampu menghasilkan kuasa hingga 165hp.

Model ini sudah dibuka tempahan pada harga £21,590 (RM118,900).

BACA >>> Yamaha XSR900 Abarth dengan Falsafah Faster Sons, Dijual 695 Unit Sahaja

GALERI
abarth-595-monster-energy-yamaha (11)
abarth-595-monster-energy-yamaha
abarth-595-monster-energy-yamaha (3)
abarth-595-monster-energy-yamaha (4)
abarth-595-monster-energy-yamaha (2)
abarth-595-monster-energy-yamaha (1)
abarth-595-monster-energy-yamaha (8)
abarth-595-monster-energy-yamaha (9)
abarth-595-monster-energy-yamaha (5)
abarth-595-monster-energy-yamaha (6)
abarth-595-monster-energy-yamaha (7)
abarth-595-monster-energy-yamaha (10)

SUMBER: VisorDown

Related

186
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Abarth, Abarth 595, Abarth 595 Monster Energy Yamaha, hatchback, Monster Energy Yamaha, Roda4, Yamaha, Yamaha YZR-M1

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev