• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha MT-25, MT-15 Lancar di Malaysia Bulan Ini!

Yamaha MT-25, MT-15 Lancar di Malaysia Bulan Ini!

September 4, 2020 By admin.pandulaju 5 Comments

23.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBELUM ini sudah dua kali kami terserempak model baharu Yamaha sedang menjalani ujian enduran di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), tetapi tidak sempat hendak mengejar sebab laju macam pelesit.

Spyshot-Yamaha-Mt25
Spyshot Yamaha Mt25

Kemudian pada November 2019, kami menerima foto intip kiriman seorang pembaca yang terserempak model itu, juga di lebuh raya PLUS. Benarlah itu ialah model siri MT. Bagaimanapun kami tidak dapat mengesan sama ada MT-25 ataupun adiknya MT-15. Andaian awal kami ialah MT-25.

BACA >>> #Spyshot: Yamaha MT-25 Dikesan di Lebuh Raya Malaysia?

Nampaknya, andaian kami itu tidak tersasar kerana difahamkan Malaysia bukan saja akan menerima MT-25, tetapi juga MT-15. Namun tidak pasti adakah dua model itu akan dilancarkan serentak?

MT-25, MT-15 LANCAR BULAN INI?

Kami difahamkan MT-25 akan diperkenalkan bulan ini yang tentunya untuk mengisi vakum antara model sesaran kecil dan besar. Seperti kita tahu,  Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hanya menawarkan model fairing (R15 dan R25) untuk barisan sportbike suku liter ke bawah.

Sebaliknya, siri MT dimasukkan dalam famili abang besar, iaitu MT-09 dan MT-07.  Dalam segmen 150cc pula, sudah ada pasangan kepada R15, iaitu Y15ZR aka YSuku. Jika Kawasaki ada Ninja250 dan Z250 (fairing dan naked). Jadi, HLYM  mungkin mahu menyediakan pasangan untuk R25, iaitu MT-25.

Pertaruhan model baharu berjenama 'Y' tidak pernah mengecewakan dan pasti ramai peminat dua roda ternanti-nanti ketibaan model MT ini kerana Indonesia sudah lama melancarkan MT-25, iaitu sejak lima tahun lalu.

Mengenai MT-25, model ini berkongsi enjin sama seperti R25. Ia boleh dianggap sebagai R25 yang ditogelkan kerana komponen digunakan juga sama seperti panel meter digital penuh, casis, enjin, saiz roda dan lain-lain.

Enjin digunakan jenis dwi-silinder 250cc DOHC penyejukan cecair dengan transmisi klac manual 6-kelajuan berkuasa 35.5hp @ 12,000rpm dan tork 23.6Nm @ 10,000rpm. Cuma tidak dapat dipastikan jika model ini dibekalkan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) kerana ciri itu tiada pada MT-25 di Indonesia.

Mengenai MT-15 pula, model ini menggunakan enjin sama seperti R15 dengan teknologi Aktuator Injap Variabel (VVA) berkuasa 19.7hp dan tork 14.7Nm dan dibekalkan bersama ciri klac antigelincir Assists and Slipper (A&S).  Enjin sama juga khabarnya akan digunakan YSuku baharu nanti yang masih lagi tidak diketahui khabar berita.

BACA >>> #Spyshot: Bocor Foto Yamaha Y15ZR V3 Baharu dengan Enjin 155 VVA, Keyless!!!

Related

23.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), naked bike, roda2, Yamaha, Yamaha MT-15, Yamaha MT-25

Comments

  1. Jan says

    September 5, 2020 at 2:54 PM

    buat apa MT15, org nak XSR155 !

    nanti msuk harga dah dekat 12k jgk

    Reply
  2. Syukur says

    September 11, 2020 at 11:06 AM

    R125 dgn MT-125 bila nak masuk malaysia...Tk sabor nk beli...Eropah dh keluar dh...Hahaha

    Reply
  3. Mat Saleh says

    September 11, 2020 at 4:15 PM

    Akhirnya pengganti FZ150 masuk Malaysia. Pada siapa yang suka naked dan cc tak besar. Dah boleh sapu.

    Reply
  4. Pecinta 2 roda says

    October 15, 2020 at 10:31 PM

    MT15 menunggu ketibaan..

    Reply
  5. Mie malek says

    November 14, 2020 at 7:25 AM

    Welcome mt15 duit dh standby dah ni

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev