• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MP Kepong: Bendul Jalan Sengaja Dilebarkan untuk Elak Kemalangan

MP Kepong: Bendul Jalan Sengaja Dilebarkan untuk Elak Kemalangan

September 3, 2020 By admin.pandulaju Leave a Comment

117
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BENDUL jalan di persimpangan Jalan Besar Kepong dan Jalan Jambu Melaka 1 di Taman Jinjang Baru sengaja dibina lebar atas faktor keselamatan, kata Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng.

Tahun lalu ada tiga kemalangan maut di jalan tersebut. Sebelum ini, penunggang motosikal sesuka hati keluar dari kawasan komersial pergi ke Jalan Besar Kepong dan menuju ke laluan paling kanan untuk buat pusingan-U ke Kuala Lumpur atau belok ke Jalan Jinjang Utama di lampu isyarat berhadapan kawasan komersial," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada aduan orang awam mengenai pembinaan bendul jalan di persimpangan tersebut.

Apa yang mencetuskan kebimbangan pengguna jalan raya ialah bendul jalan yang tidak dicat dan tanpa tanda jalan sempurna. Malah saiz binaan terlampau lebar menyebabkan laluan jadi sangat sempit hingga menyukarkan pemandu kenderaan berat seperti lori dan traktor membelok masuk.

Pemilik kedai perkakasan, Tang Kun Chiew, 64, berkata, bendul jalan yang terlalu lebar mengambil banyak ruang jalan, dan kerap dilanggar pengguna jalan raya kerana tidak dicat.

"Kekurangan papan tanda amaran juga menyebabkan penunggang tidak perasan bendul jalan itu pada waktu malam." katanya.

Sementara itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan yang jalan tersebut masih belum siap sepenuhnya. Bendul jalan itu akan segera dicat dan dipasangkan pemantul cahaya. DBKL juga akan memantau operasi jalan tersebut selama tiga bulan bagi meninjau sama ada bendu jalan itu berbahaya kepada pengguna jalan raya.

BACA >>> #TahukahAnda: Berapakah Had Laju Jalan Raya di Malaysia?

SUMBER: TheStar

Related

117
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bendul Jalan, DBKL, Lim Lip Eng, Tang Kun Chiew

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my