• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Odyssey (2020) Facelift Bakal Perkenal Teknologi Buka-Tutup Pintu Automatik

Honda Odyssey (2020) Facelift Bakal Perkenal Teknologi Buka-Tutup Pintu Automatik

September 1, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Odyssey
generasi kelima (RC) ialah Odyssey pertama dijual di pasaran Malaysia. Nampak macam baru di pasaran, tetapi Odyssey sudah diperkenalkan pada November 2013, iaitu dua bulan selepas pelancaran di Jepun.

Selepas lama di pasaran tempatan, model dipertingkat (facelift) yang lebih canggih dilancarkan pada Februari 2018 dengan bampar, dan rim baharu serta dilengkapkan teknologi bantuan pemandu Honda Sensing.

BACA >>> Honda Odyssey (2018) Kini dengan Honda Sensing, Harga RM254,800

Honda Odyssey 2018 Malaysia
Honda Odyssey 2018 Malaysia

Harga ditawarkan untuk varian tunggal Honda Odyssey yang diimport dari Jepun itu ialah RM254,800 (atas jalan, tanpa insurans), berbeza dengan dua varian RM228,000 dan RM248,000 pada 2013. Sebagai makluman, Odyssey spesifikasi Jepun dan Malaysia adalah berbeza dengan Odyssey spesifikasi Amerika Syarikat (AS).

BACA >>> Honda Odyssey (2018) Mula Dijual di Amerika, Komited Kekal Populariti Pasaran Minivan

Nampaknya kitaran produk Odyssey masih panjang apabila Honda berkongsi maklumat awal mengenai model facelift 2020. Antaranya ialah rekabentuk depan dengan gril dan bampar baharu yang menampilkan dua gril besar berbanding model sekarang.

Lampu depan pula menggunakan teknologi LED dan nampak seragam seperti model baharu lain seperti City, Civic dan Accord.

BACA >>> Honda City RS Ada Honda Sensing? Apa Anda Perlu Tahu Tentang Teknologi ini?

Bahagian dalaman juga berubah dengan papan pemuka baharu seperti ventilator penyaman udara lebih kecil, stereng, panel meter dan paling jelas ialah skrin tegak ke depan. Lagi perubahan utama ialah teknologi pintu automatik. Pengguna hanya perlu mengimbaskan tangan tanpa perlu sentuh dan pintu akan terbuka atau tertutup automatik.

Honda Odyssey Hybrid
Honda Odyssey Hybrid Absolute

Trenkuasa belum didedahkan. Model sebelum ini dijana enjin 2.0L i-VTEC i-MMD dan ditawarkan dalam dua varian, iaitu Odyssey Hybrid dan Odyssey Hybrid Absolute. Harga MPV itu di Jepun bermula 3,907,445 yen (RM152,870) hingga 4,009,296 yen (RM156,860).

Maklumat lanjut mengenai Odyssey (2021) akan didedahkan Honda dari semasa ke semasa sebelum pelancaran penuh pada musim luruh tahun ini (September-November).

BACA >>> Honda Fit (2020) Mula Jual di Jepun, Harga Mula RM58.7k

Related

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Honda, Honda Japan, honda odyssey, Honda Odyssey 2020, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), minivan, MPV, Roda4, Wagon

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev