TIBA-tiba berlaku pertempuran sengit dalam segmen sportbike hypernaked dan pesaing terbaharu dalam kategori berkenaan ialah Aprilia Tuono V4 X (2021) sebagai model edisi terhad (10 unit sahaja) dikeluarkan Aprilia Racing yang dibangunkan untuk beraksi di litar. Inilah apa dimaksudkan 'X' untuk Tuono V4!
1. Aprilia mendakwa V4 X adalah sebahagian program Factory Works yang menggunakan teknologi perlumbaan untuk diperkenalkan kepada umum menerusi motosikal yang mengoptimumkan spesifikasi trek.
2. Aprilia Tuono V4 X (2021) tidak nampak seperti model naked terdahulu. Fairing dipasangkan winglet rendah, dan dibuat daripada gentian karbon yang mengambil ilham fairing RS-GP MotoGP. Sebagai bonus, fairing diberikan grafik Bol d'Or.
3. Trenkuasa jentera naked ini mampu menjana kuasa setinggi 221hp, diukur menerusi engkol. Enjin dibina berasaskan trenkuasa RSV4 1100 Factory yang dipadankan sistem ekzos Akrapovič bersama header titanium dan tip ekzos gentian karbon. Bahagian ambilan dilancarkan menggunakan penapis udara Sprint aliran tinggi yang turut digunakan RS-GP.
4. Unit kawalan elektrobik (ECU) dibangunkan Aprilia Racing. Semua mod memiliki kuasa penuh yang mendapat manfaat darioada ekzos Akrapovic. Mod berbeza akan melaraskan kawalan traksi, brek enjin dan kemampuan mitigasi-wheelie elektronik. Tukaran gear tanpa klac distandardkan menerusi ciri Quick Shifter.
5. Paparan TFT direka untuk kegunaan trek yang mana sensor GPS akan menghantar maklumat masa lap sebagai paparan utama. Sebagai jentera litar, model ini memiliki sistem elektrik yang ringkas.
6. Sistem suspensi mengunakan unit Öhlins Smart EC 2.0 semi-aktif yang dipasnagkan pada casis aluminium. Bahagian roda menggunakan rim magnesium tuang Marchesini dibalut tayar slik.
7. Bahagian brek menggunakan kaliper aluminium bilet Brembo GP4-MS dan sebagai tambahan kepada grip kaliper berkualiti MotoGP, model ini dipasangkan cakera kelas tinggi T-Drive yang diambil daripada jentera Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) dan MotoGP.
8. Walaupun tangki minyak X mengekalkan bentuk Tuono standard, tetapi lebih ringan dan diberikan penutup tangki aluminium bilet. Sebenarnya ada banyak komponen aluminium bilet digunakan model ini bagi mengurangkan berat jentera seperti peg kaki boleh laras, gad kotak engkol, gad tuil brek dan klac.
9. Berat kering ialah 152kg. Namun faktanya berat kering tidak memberi sebarang makna kerana apa yang penting bagi sesebuah motosikal ialah berat dengan isian tangki penuh. Inilah dikatakan pelumba MotoGP, Aleix Espargaró daripada pasukan Aprilia Racing Gresini mengenai Tuono V4 X (2021) selepas menguji jentera itu di Red Bull Ring.
Menurutnya;
Aku tidak pernah uji motor hendal tinggi di trek dan terkejut dengan fiil stabiliti. Enjinnya gila dan kau tak bergelut dengan arkitektur casis. Sebaliknya, kedudukan menunggang dan elektronik menjadikan ia sangat menyeronokkan."
10. Tuono V4 X (2021) dijual pada harga €34,900 (RM172,736).
BACA >>> Aprilia Tuono V4 1100 Factory (2019) Terima Suspensi Öhlins Semi-Aktif?
BACA >>> #Tahukah Anda: Kenapa Tayar Ganti Lebih Kecil daripada Tayar Biasa?
BACA >>> #ApaNakBuat: Macam Mana Nak Bikin Motor Bagi Power dan Tahan Lasak?
GALERI
SUMBER: UltimateMotorcycling
Leave a Reply