BMW Motorrad memperkenalkan rantai bebas selenggara baharu yang menurut pengeluar motosikal Jerman itu tidak memerlukan sebarang penggunaan pelincir.
Menurut pengeluar itu lagi, rantai itu memiliki isian pelincir antara penggelek (roller) dan pin yang ditutup x-ring. Jadi, tiada keperluan untuk menggunakan pelincir rantai seperti motosikal biasa. Malah, inovasi rantai baharu ini juga tidak perlu ditegangkan semula.
BACA >>> BMW Motorrad Perkenal Rim Gentian Karbon M Performance untuk S1000RR
Rantau ini menggunakan material lapisan baharu untuk penggelek, dinamakan amorfos tetrahedrali karbon (tetrahedrally amorphous carbon, ta-C), yang dikenali sebagai 'berlian industri'.
Dengan kekerasan dan daya tahan ekstrem, material ta-C diletakkan antara lapisan DLC (berlian seperti karbon) dan berlian asli. Sebagai perbandingan dengan permukaan logam, komponen yangdisalur berlian industri ta-C dikatakan tidak akan haus. Pada masa sama, salutan jenis ini mampu mengurangkan pekali geseran secara drastik.
Buat masa ini, rantai ini ditawarkan sebagai aksesori untuk model seperti S1000RR dan S1000XR. Namun, komponen baharu ini dijangka digunakan sebagai ciri standard pada model akan datang.
BACA >>> BMW Motorrad, Pengeluar Motosikal Pertama Buka Akaun TikTok
SUMBER : BikeWale
Leave a Reply