• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Videotomotif: Tak Nak Calar, Lelaki Ini Cabut Bampar Setiap Kali Keluar-Masuk Rumah

#Videotomotif: Tak Nak Calar, Lelaki Ini Cabut Bampar Setiap Kali Keluar-Masuk Rumah

September 1, 2020 By Azizi H Leave a Comment

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KISAH ini berlaku di Filipina. Seorang lelaki dikatakan sanggup menanggalkan bampar depan keretanya setiap kali hendak masuk dan keluar rumahnya kerana risau tercalar.

Berdasarkan video dimuat naik seorang pemilik akaun Facebook, Miguel Penaloza, pemandu Hyundai Verna merah melakukan aksi tersebut kerana bampar keretanya terlalu rendah atau lowered yang boleh menyebabkan tersagat jika dia cuba melepasi permukaan jalan lebih tinggi di depan pagar rumahnya.

BACA >>> Spoon Hasilkan Bampar Depan Aero untuk Honda Civic Type R FK8

Jadi,  si pemandu akan terus berhenti sebaik saja melepasi pagar rumah. Dia kemudian keluar dari kereta untuk menanggalkan bampar dan diletakkan di sebelah. Selepas itu, dia masuk semula ke dalam kereta dan memandu melepasi permukaan jalan berbonggol di depan pagar rumah. Akhir sekali, pemandu tersebut sekali menghentikan kereta dan keluar untuk memasangkan semula bampar yang ditanggalkan tadi.

Aksi sama juga dilakukan apabila pulang dan hendak masuk ke rumah.

Video dimuat naik pada 21 Ogos lalu meraih lebih 681,761 tontonan yang mengundang pelbagai komen daripada kalangan warga maya. Ramai menganggap pemandu itu memiliki tahap kesabaran tinggi dek terlalu menyayangi keretanya.

Macam-macam hal.

BACA >>> #Videotomotif: 58 Orang Naik Satu Motosikal, dan Pecah Rekod Dunia!

SUMBER: FB MiguelPenaloza

Related

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Cabut Bampar Kereta, Hyundai Verna, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev