TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Siapa sangka Yamaha 125ZR Go! (2003) ini dapat dijual pada harga RM85,000, sama nilai seperti model superbike!
Tuah itu menjadi milik Mohamad Azehar Mat Siam, 29, dari Flat Sri Melaka, Cheras, Kuala Lumpur selepas berjaya menjual model edisi khas Valentino Rossi itu kepada pembeli dari Vietnam, bernama Cuong, yang juga seorang ahli perniagaan.
BACA >>> Tuan Motor Jawab Kenapa Yamaha RX-Z Ini Boleh Sampai RM70k?
Azehar, yang bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat swasta mengakui terkejut kerana Cuong sanggup membayar harga setinggi itu hanya untuk menjadikan Y125ZR edisi khas tersebut koleksi motosikalnya.
Menurutnya, nilai RM85,000 sengaja diletakkan supaya Cuong tidak jadi membelinya. Sebaliknya warga Vietnam itu langsung memasukkan wang deposit RM30,000 ke dalam akaun bank, petang kelmarin.
"Dia datang ke rumah dan melihat motosikal itu dan terus bersetuju dan membayar baki keseluruhan sebanyak RM55,000 lagi," katanya dipetik BHarian.
Azehar berkata lagi, Cuong turut membeli beberapa alat ganti tulen seperti tayar dan kit badan edisi khas model itu pada harga RM5,000.
Menurutnya, 125ZR Go! itu dibeli pada 2003 dengan harga RM6,717.76 kerana dia peminat fanatik pelumba legenda Valentino Rossi. Kapcai tersebut dibeli hanya untuk dijadikan koleksi peribadi dan disimpan di rumah. Malah, dia bukan saja membeli motosikal, tetapi turut menyimpan semua alat ganti model edisi khas tersebut, juga sebagai koleksi.
Selain 125ZR Go!, Azehar juga menyimpan sembilan koleksi motosikal lain iaitu dua Yamaha RX-Z, tiga Yamaha 125zr, tiga Honda EX5 dan sebuah Honda C70.
Menurutnya, ini kali pertama dia dapat menjual motosikal pada harga semahal itu kerana sebelum ini harga jualan cuma sekitar RM5,000 sahaja.
BACA >>> Harga Honda Dream (EX-5) Versi Thailand Boleh Cecah RM75k di Vietnam
GALERI
SUMBER : BeritaHarian
Leave a Reply