• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lister Stealth - SUV Luar Biasa dengan Kuasa 666bhp, Tork 881Nm!

Lister Stealth - SUV Luar Biasa dengan Kuasa 666bhp, Tork 881Nm!

September 18, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


LISTER Motor Company (LMC) ialah pengeluar kereta sport yang ditubuhkan pada 1954 di Cambridge, England dan terkenal dengan aktiviti sukan permotoran menerusi pengeluaran kereta berprestasi.

Pada 2013, LMC dibeli pasangan anak beranak, Andrew dan Lawrence Whittaker. Sejak itu pengeluar tersebut mengeluarkan beberapa model seperti Lister LFT-666 dan LFT-C yang dibina daripada Jaguar F-Type.

Terbaharu LMC mengumumkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dikatakan paling laju dan berkuasa dari Britain, diberikan nama Lister Stealth. Seperti LST-666, model ini turut dibina daripada Jaguar, iaitu F-Pace SVR yang juga model tepat untuk prestasi.

BACA >>> Lamborghini Sián Roadster - Supercar Bumbung Terbuka yang Canggih, Eksotik

Bagi menjadikan ia SUV terpantas Britain, pasukan jurutera Lister menumpukan kepada pembangunan enjin dan sistem penyejukan. Berapakah kuasa baharu SUV ini? 666hp dan tork 881Nm, iaitu peningkatan 22 peratus daripada model Jaguar standard.

Proses peningkatan kuasa bermula dengan intercooler dan sistem penurasan udara (air filtration) prestasi tinggi bagi mengoptimumkan suhu kebuk dan aliran udara ke dalam unit. Dwi-puli supercas dinaik taraf untuk menyuap lebih udara ke dalam kebuk pembakaran mendapat prestasi lebih tinggi.

Seperti LFT-666 (foto atas) dan LFT-C, Stealth ini menggunakan Sistem Pengurusan Enjin Lister yang mengubah pemetaan bagi mengekploitasi keupayaan sedia ada. Hasilnya, SUV yang menjanjikan kuasa 666hp dengan mudah. Pecutan 0-100kmj mampu dicapai sepantas 3.6 saat, manakala kelajuan maksimum 314kmj.

BACA >>> 14 Supercar yang Perlukan Kebenaran Khas Pengeluar untuk Dimiliki

Lister memasang sistem ekzos keluli tahan karat kustom dengan paip gentian karbon yang membantu dalam peningkatan kuasa. Brek depan dan belakang turut dipertingkat untuk mendapatkan kuasa henti yang setara dengan pecutan.

Bahagian luaran dinaik taraf dari segi prestasi aerodinamik dan penyejukan enjin. Bampar depan gentian karbon direka semula dengan dua ventilator ambilan udara besar bagi membantu aliran udara ke bahagian enjin. Spliter depan meningkatkan kecekapan aerodinamik ketika memecut, dan membantu dinamik pengendalian.

Difuser gentian karbon besar di belakang terletak di tengah bampar untuk menghasilkan tambahan daya mendap (downforce) seiring dengan spliter depan. Bahagian tepi selain skirt sisi ialah gerbang roda lebar dan rim tempa Vossen 23 inci direka Lister, iaitu satu-satunya komponen Stealth yang tidak dibuat di Britain.

Ruang dalam tampil mewah dengan balutan kulit Bridge of Weir Nappa gred tertinggi yang dibuat khas mengikut spesifikasi pelanggan. Lister menawarkan 30 pilihan warna dengan 90 sulaman berbeza untuk semua bahagian dalaman daripada tali keledar, kerusi sport, papan pemuka, stereng hingga pelapik bumbung.

Seperti semua model Lister, pembeli diberikan pemilikan eksklusif yang dihadkan kepada 100 unit sahaja untuk pasaran global.

Harga  ditawarkan? Bermula £109,950 (RM605,750)!

BACA >>> 12 Fakta Pantas: Jaguar F-Pace Edisi Terhad Kini di Malaysia, Harga Mula RM436k

GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Jaguar F-Pace, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Lister Motor Company, Lister Stealth, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my