DUCATI pada Oktober tahun lalu memperkenalkan Panigale V4 and V4 S (2020) versi kemas kini sempena acara World Premiere di Rimini, Itali. Model itu kini tiba ke pasaran tempatan yang dibawakan pengedar rasmi jenama Ducati di Malaysia, Next Bike Sdn Bhd.
Panigale ialah model superbike terlaris dunia selama dua tahun berturut-turut dengan rekod jualan 8,000 unit seluruh dunia. Ada beberapa kemas kini dilakukan pada platform Panigale V4 (2020) untuk menjadikan jentera itu lebih mesra penunggang, selain meminimumkan keletihan dan meningkatkan kelajuan.
DUCATI PANIGALE V4 DAN V4 S
Panigale V4 dan V4 S dilengkapi beberapa ciri daripada V4 R seperti pek aero sepertu aerofoil, skrin, fairing depan dan fairing lateral besar, termasuk ventilator sisi bagi memudahkan pengudaraan radiator. Pek aero juga menawarkan perlindungan rintangan udara lebih baik buat penunggang selain meningkatkan kestabilan jentera.
Pembangunan dan rekabentuk frem depan Panigale V4 dan V4 S dibuat berasaskan spesifikasi Ducati Corse. Perubahan dilakukan adalah bagi mendapatkan talaan lebih keras seperti ditetapkan Ducati Corse untuk Kejuaraan Dunia Superbika (WorldSBK) dan mengurangkan berat jentera.
Frem lebih fleksibel mampu mengurangkan tekanan ke atas tayar trek dan meningkatkan fiil depan untuk mendapatkan sudut miring maksimum. Casis disempurnakan dengan pemasangan subfrem depan magnesium, subfrem pelana aluminium dan strategi kawalan prediktif baharu, terdiri daripada kawalan traksi DTC Evo 2 dan Quick Shifter atas-bawah untuk anjakan gear lancar DQS Evo 2.
Ducati turut melengkapkan superbike ini dengan ciri pemetaan sistem Ride-by-Wire yang dibangunkan khas dengan hantaran tork kawalan logik.
Kedua-dua model dipacu enjin 1,103cc Desmosedici Stradale berkuasa 214hp @ 13,000rpm dan tork 12.6kgm @ 10,000rpm. Panigale V4 S didatangkan standard dengan fork Öhlins NIX-30 di depan dan monoshock Öhlins TTX36 dengan damper stereng Ohlins di belakang.
Sistem suspensi dan damper stereng diuruskan sistem EChlins Smart EC 2.0 generasi kedua dengan menampilkan antaramuka talaan berasaskan objektif (OBTi) baharu. Turut termasuk dalam spesifikasi Panigale V4 S ialah bateri litium-ion, rim aluminium Marchesini hitam dan grip hendal sport.
Dua model perdana Ducati ini sudah pun berada di pusat jualan pada harga RM132,900 untuk Panigale V4 dan RM172,000 untuk Panigale V4 S.
BACA >>> Ducati Panigale V4R LEGO Skala 1:1 Ini Boleh Ditunggang, Ambil Masa 400 Jam Disiapkan
BACA >>> Yamaha Berminat Perkenal Sportbike 4-Silinder 250cc dengan Nama R25M?
DUCATI PANIGALE V2
Pada majlis pelancaran sama, Next Bike Sdn Bhd turut memperkenalkan Panigale V2. Model dwi-silinder ini menerima naik taraf dari segi rekabentuk baharu dengan dilengkapkan ciri elektronik canggih seperti platform inersia 6-paksi dan tetapan suspensi sport untuk tunggangan lebih menyeronokkan dan mesra pengguna.
Panigale V2 baharu ini juga lebih berkuasa berbanding model terdahulu. Trenkuasa dijana enjin 955cc Superquadro berkuasa 155hp (+5hp) @ 10,750rpm dan tork 104Nm (+2Nm) @ 9,000rpm. Fairing baharu dipadankan dengan frem monokok yang jelas menyerlahkan enjin dwi-silinder Superquadro dan visual kompak sosok tubuh model ini.
Panigale V2 memiliki swingarm sebelah dan ekzos baharu dengan silenser kompak bawah enjin dan paip tunggal. Skema warna badan disempurnakan dengan warna Ducati Red dan rim hitam. Pelanggan juga boleh memilih warna White Rosso bersama rim merah, inlet udara depan dan deflektor tengah fairing.
Aspek keselamatan turut menjadi keutamaan, Panigale V2 didatangkan dengan ciri ABS Selekoh Bosch ABS Cornering Evo, Kawalan Traksi Ducati (DWC) Evo, Quick Shift Ducati (DQS) Evo dan Kawalan Brek Enjin (EBC) Evo. Keupayaan membrek diserahkan kepada komponen sistem brek Brembo dengan roda depan menggunakan cakera 320mm dan kaliper monoblok kembar Brembo M4.32 jenis silinder tunggal.
Roda belakang menggunakan cakera tunggal 24mm dengan kaliper Brembo tunggal. Tunggangan jadi menyeronokkan dengan tiga mod Race, Sport dan Street yang boleh dilaraskan menerusi pemuka TFT. Ducati turut menawarkan tiga alatan elektronik yang boleh ditambah di bawah aksesori mudah pasang Ducati Performance iaitu:
- DLT GPS: Pelanggan yang mahu meningkatkan masa pusingan boleh menggunakan alatan ini yang secara automatik merekod dan menjimatkan masa pusingan dan memaparkannya secara langsung di pemuka kereta setiap kali melintasi garisan penamat. Koordinatnya ditetapkan dengan menekan butang flasher. Sekiranya mencatatkan masa lap terbaik dari sesi trek, fungsi Best Lap akan berkelip selama 5-saat. DLT GPS turut merekodkan kelajuan maksimum dan sudut miring.
- Ducati Data Analyser + GPS (DDA + GPS): Menilai prestasi jentera dan penunggang dengan menunjukkan jejak item data tertentu. Ia secara automatik memaparkan dan merakam masa pusingan Panigale V2 dan menyimpan jejak data bukaan terotel, kelajuan, rpm enjin, penggunaan gear, suhu, jarak tunggangan, rpm dan DTC.
- Ducati Multimedia System (DMS): Membolehkan penunggang menerima panggilan telefon, memilih dan memainkan muzik, dan menerima mesej menerusi Bluetooth.
BACA >>> Jualan Semakin Tidak Laku, Yamaha Tamatkan Streetbike SZ RR v2.0 di Pasaran India
BACA >>> #ApaNakBuat: Apa Perlu Tukar Apabila Sportbike Sudah Berusia 5 Tahun?
Leave a Reply