BOON Siew Honda (BSH) memperkenalkan Vario 150 (2020) menerusi tiga gabungan warna baharu dengan corak grafik heksagon lebih menarik terdiri daripada Force Silver Metallic, Pearl Magellanic Black, dan Sword Silver Metallic selain edisi Repsol Honda.
BSH menyedari ada permintaan tinggi terhadap motosikal automatik, terutama kalangan penunggang muda yang mahukan jentera berkualiti dan berketahanan tinggi, jimat bahan api, ergonomik menunggang selesa dan spesifikasi enjin tinggi pada harga berpatutan.
Vario 150 adalah pilihan ideal buat penunggang baharu atau berpengalaman yang mencari motosikal automatik (AT) dengan pakej lengkap.
BACA >>> Inilah Honda Vario 125 Terpakai Paling Mahal di Dunia, Harga RM166k!
Vario 150 tampil sebagai skuter dengan ciri keselamatan canggih yang menawarkan ketenangan fikiran menerusi transmisi automatik yang mudah dikendali. Skuter ini dikuasakan enjin 4-lejang silinder tunggal penyejukan cecair yang berkuasa 12.9hp @ 8.500 rpm dan tork 13.4Nm @ 5,000rpm dengan teknologi eSP (Enhanced Smart Power) dan Sistem henti lagu ISS) untuk kecekapan bahan api.
Vario 150 turut menawarkan ciri canggih lain seperti dwi-lampu utama LED dan lampu belakang LED, panel meter LCD digital, sistem kunci pintar Honda SMART Key, mufler sport dengan penutup aluminium, rim sport 14 inci dengan cakera brek petal, dan ruang simpanan 18 liter bawah pelana dan dua rak dalaman.
Skuter ini juga dilengkapi sistem brek kombi (CBS) yang membantu mengimbangkan daya brek roda depan dan belakang bagi mencapai prestasi membrek optimum.
Vario 150 (2020) ditawarkan pada harga cadangan RM7,499, manakala Edisi Repsol RM7,699, tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran. Setiap pembelian dipakejkan bersama waranti kilang 2 tahun atau 20,000km (mana satu tiba dulu).
Sila kunjungi Honda Big Wing atau hubungi talian bebas tol 1-800-88-3993, atau melayari www.boonsiewhonda.com.my untuk maklumat lanjut.
BACA >>> Honda Vario vs Yamaha NVX: Perbandingan Awal Skuter Sporty 150cc
pakteh says
lebih kurang ja.tambah stiker ja tu.
kelajuan tetap 105 ja..mengarut1.pakteh dah pakai dekat 2 tahun.mula2 bolwh la 120.lepas tu nak dapat 105 pun pedo..
macam2 buat dah